Tuesday, January 22, 2008

PENCAPAIAN YANG BERMARUAH

Pada final firu's VI yang lalu, kumpulan pantunku, Kesuma Dewana telah berjaya mendapat tempat kedua. Pencapaian ini bukanlah pernah kuduga, kerana aku tidak pernah mensasarkan apa-apa pencapaian tertentu. Bagiku, pelaksanaan program ini (lebih-lebih lagi apabila ia dihadiri oleh Senator Tan Sri Jinms Shamsuddin) sudah jauh membanggakan sebagai satu tanda bahawa tradisi pantun Melayu ini masih bernafas.

Akan tetapi, beberapa perkara yg cukup tidak memuaskan hatiku ialah beberapa kelemahan pihak penganjur (walaupun kolejku sendiri) yg terang-terangan seperti memalit aib di kandang sendiri. Tiga jam sebelum pertandingan, aku menyuarakan rasa ketidakpuashatianku terhadap susun atur platform untuk para pemantun duduk, kerana terlalu selari dan menyukarkan pemantun untuk berinteraksi sesama sendiri. Namun, nampaknya di festival pantun ini, nukilan itu tidak diendahkan kerana pengarah lebih berminat dengan masalah yg timbul di slot 'fashion show' yg kelihatan seperti acara utama majlis itu berlangsung. Apalah dayaku. Aku hanya kerdil pemantun yg mempunyai suara yg terlalu kecil untuk didengar.

Berbalik kepada cerita pantun tadi. Apabila pengacara majlis mengumumkan nama pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga, aku bersyukur kerana kami mendapat tempat kedua. Bukanlah piala (yg patah) iringan atau piala pusingan aku mahukan,(semua tu boleh didapati di kedai) tetapi kemeriahan dan kebanggaan yg memercup adalah apabila melihat ramai org yg datang untuki melihat apa yg dinamakan pantun itu. Konklusinya, kemenangan ini (walaupun naib johan)padaku adalah satu pencapaian yg bermaruah! Dan sesiapa yg mempertikaikannya samalah seperti mencalar sebuah maruah bangsa sendiri.

1 comment:

rai said...

Mak aiih, sape dia yg berapi-api mengutarakan meta-kritik a.k.a kutuk tahap dewa dlm entri b4 this tu?

Adat bertanding ada kalah menang.Yg kalah jgn sedih sangat sebab anda hampir2 menang.Yg menang jgn eksyen sangat sebab anda hampir2 kalah.Muahaha!

Sejujurnya, sejak masuk UPM ni korang suka sangat buat 'pesyen show'.Masa fiesta drama komsas ada, masa dinner baru2 ni pun ada.Penting sgt ke benda2 tu semua?Kalau buat drama pun suka sangat jenguk2 muka kat audien walaupun drama tak mula lagi.Kita bila dah pakai kostum kena duduk diam2 sampai turn tiba untuk buat show.

Samalah juga mcm berpantun.Saya dan aljohori sebenarnya tengah tunggu masa je untuk buat revolusi.Bahan ujikajinya ialah batch sem.6 sekarang.First time kami tak pakai teks komsas.

Ops,dah lari topik.Tapi takpelah Lan.Bukannya mati pun setakat kalah pesta pantun.Bukannya awek lari pun.Bukannya roboh KC tu pun.He who cries now will have the last laugh.Muahahaa!