Tuesday, February 12, 2008

DI 'NEGARA ORANG'


Aku baru saja pulang dari bercuti ke 'negara orang'. Sejuk, namun aku tak ada masalah untuk menyesuaikan diri kerana aku seperti pernah dilahirkan di sini. Banyak kesukaran yang aku temui di 'negara orang' ini, antaranya aku sukar untuk memahami papan tanda (kerana ditulis dalam bahasa lain, yang bukan bahasa negara tersebut) dan aku dapati banyak pelancong-pelancong asing dan warga tempatan yang memenuhi negara ini. Bercakap tentang warga tempatannya, aku rasa pelik dan terfikir adakah benar mereka semua ini memang asal daripada negara ini? Tetapi setakat pembelajaranku tentang adat, budaya dan kehidupan tradisi turun temurun tentang negara ini, sikap dan perilaku mereka tidak sama dengan apa yg telah aku pelajari.

Setahu aku, warga tempatan negara ini mempunyai adat dan nilai yg tinggi. Sopan santun, berbudi bahasa tapi perilaku mereka saling tak ubah seperti sebuah negara lain itu. Anak-anak muda warga tempatan ini bersikap aneh dan melanggar tradisi kesantunan dan keagamaan negara itu apabila kaum lelaki dan perempuannya saling berdakapan dan berpeluk cium tanpa segan silu di hadapan khalayak ramai. Namun, bila aku mengamati warna kulit warga tempatan ini, benarlah bahawa mereka sebenarnya memang warga negara ini.

3 comments:

Hafirda Afiela said...

hai lan,
jauhnya berjalan
nape tak bawak fieda sekali
emm... fieda rasa mcm pernah pergi aje tempat 2, tapi... di mana ya?
By the way, cantik pic 2 (pic tau bkn orgnya)

Anonymous said...

haha..
sudahlah lan... macam lah kita tak tahu yang awk pi genting highland je...
bukannya negara orang sangat pun..
=P..

Anonymous said...

hai fida and yana...ha...ha....sengaja letak nama negara orang..maksudnya, nama je kat Malaysia.tapi perlakuan orang-orang kat situ maembuatkan kita rasa macam berada di negara orang. itu maksud lan...