Tuesday, August 26, 2008

PERMULAAN SUATU PERUBAHAN

Lewat malam tadi, bertalu-talu SMS yang aku terima daripada rakan-rakanku yang memaklumkan kemenangan DSAI pada pilihan raya kecil Permatang Pauh malam tadi. Dengan majoriti undi hampir 60%, kememnangan inis emamangnya sudah dijangka kerana Permatang auh merupakan kubu kuat PKR sejak 1999 dan sememangnya sejak 1982 lagi tempat itu menjadi kerusi empuk bagi DSAI.

Aku bukanlah seseorang yang terlalu fanatik terhadap DSAI, tetapi beberapa gagasannya padaku amat bersesuaian dengan jiwa dan hatiku, lebih-lebih lagi hasratnya yang mahu mengembalikan kedaulatan bahasa ibunda ke tempat yang sepatutnya.
Padaku, perkara ini yang penting. Aku tak pernah terfikirkan soal kuasa, kemapanan ekonomi, atau kebijaksanaannya menarik pelabur asing ke negara ini, kerana padaku, selagi ada manusia, selagi itulah kuasa akan terus menjadi boneka kita. Bukankah kita sebenarnya diciptakan sebaik-baik makhluk dan nkerana itu kita mampu mempermainkan kuasa, atau dengan kuasa, kita bisa mempermainkan.

Hasratku cuma satu. Semoga dengan kembalinya Anwar ke Parlimen, kita akan dapat melihat perubahan dalam sistem dan taraf bahasa ibunda kita yang kian ditidakkan fungsinya oleh pihak berkuasa. Semoga dengan kembalinya Anwar ke parlimen, kita akan melihat satu perubahan yang bertitik tolqak dari satu permulaan yang payah, resah, dan diburu rengsa gelisah!

SAAT SEGALA HITAM MENJADI PUTIH

Saat warna biru menyuruhku membancuhnya
bersama merah menjadi ungu
aku tahu itu satu likatan helah
yang menjadikan mereka luntur
menjadi warna-warna lain yang kabur.

Hitam memintaku menjadikannya putih
dalam sebancuhan cangkir yang persih
kemudian kataku
"kau takkan menjadi putih
kerana kau hitam yang legam
manakan bisa putih
mampu meneggelam"

Hitam merajuk rasanya
lalu bermanjaan bertanya:
"Apa dibeza antara kita warna warna?
Bukankah kita akhirnya diperlukan pelukis
untuk mencatan sebingkai lukisan dan garis?"

ZULFAZLAN JUMRAH
Universiti Malaya,
27 Ogos 2008

2 comments:

Anonymous said...

Salam Maya Mongolia,

Hai...ini satu pandangan politik yg berani, kerana menyebut nama tokoh secara terang-terangan.Tapi apabila berada di posisi akak sebagai 'hamba kerajaan' ni...heheh,kami harus berhati-hati.

Maka untuk itu,kami memilih sastera sebagai luahan hati.Maklumlah,'depa-depa' ni mana reti baca karya sastera...oops!

Anonymous said...

amboii...no komen