Friday, September 12, 2008
POSKAD MELANKOLIK KE BANGKOK
Semalam aku baru sahaja mengepos tiga keping poskad ke Bangkok atas permintaan sahabat baruku, Sam yang belajar di Walailak University, Songkhla. Sam meminta aku mengirimkan tiga keping poskad itu kepada ayahnya di Bangkok yang bertugas sebagai seorang pensyarah ekonomi di sana.
Aku sangat teruja, kerana gadis manis itu tidak sudah-sudah memuji Malaysia, yang disifatkannya sebagai sebuah negara yang aman dan satu kepelikan baginya yang baru pertama kali menjejakkan kaki di Kuala Lumpur ialah apabila melihat keghairahan dan kehebatan semangat patriotik rakyat Malaysia yang memasang bendera di sana sini.
Namun, aku lekas mengatakan kepada Sam bahawa hal ini kerana Malaysia sedang berada di ambang sambutan Hari Kemerekaan yang ke-51 pada tahun ini. Maka, tidak hairanlah melihat fenomena menyepahkan bendera menjadi satu panorama hipokrit di sini.
Sam bagaimana pun menyatakan kekagumannya, kerana Thailand adalah sebuah negara yang tidak pernah mengecapi nikmat kemerdekaan kerana sejak di tingkatan 3 lagi aku sudah belajar bahawa Thailand adalah sebuah negara yang tidak pernah dijajah oleh negara luar, ketika kegemilangan dinasti Raja Chulalongkorn, yang meneruskan tradisi gemilang negara Gajah Putih ini pada era kemasyhuran Raja Mongkut.
Berbalik kisah poskad tadi, aku memang tidak memahami sepatah haram pun apa yang dituliskan oleh Sam, kerana selain tidak faham tulisan Siamnya, segala maklumat yang terkandung di dalam poskad itu dirahsiakan oleh Sam. Tetapi, aku mengambil keputusan untuk bertanya kepada rakanku Sa-ma-el dan Ing yang memahami bahasa Thai tentang isi kandungan poskad itu.
Menurut Ing, poskad pertama Sam menyatakan tentang kekagumannya terhadap Malaysia sebagai sebuah negara yg aman
(padaku ini satu tanggapan klise sejak berpuluh tahun yg lalu)
Poskad keduanya, Sam menyatakan betapa bertuahnya dia mengenali rakan sepertiku (namaku ditulis dalam tulisan Siam, jadi aku memang tak tahu!) yang begitu baik (dia yg tulis ya) dan peramah.
Poskad ketiga pula antara kandungannya ialah dia menyatakan bahawa dia sudah mulai jatuh cinta dengan bahasa Melayu dan berhasrat dapat melanjutkan pelajarannya ke sini untuk belajar bahasa Melayu.
Nah, poskad ketiga inilah yg benar-benar menggugah rasa syahduku. Betapa seorang gadis (cantik pula tu) yang tidak pernah belajar bahasa Melayu, tetapi sudah boleh jatuh cinta terhadap bahasa Melayu ini walau baru seminggu 'berkenalan' dengan bahasa ini.Inilah yg cukup mengesankan!Sedangkan kita yang selama ini dengan mendabik dada menggariskan akta itu dan ini dengan lantang menyatakan bahawa bahasa keempat teramai penuturnya di dunia ini sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, kita pula yang akhirnya meminggirkan bahasa kita itu sendiri.
Buat sesiapa yang barangkali dengan tak sengaja terbaca entri ini, cuba renungkan di manakah nilainya bahasa kita ini jika orang lain menyedari keistimewaan bahasa kita ini, tetapi kita masih lagi lena dibuai mimpi yang entah bila akan bisa membangkitkan tidur kita kembali!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
lan,
eleh jatuh cinta la tu!
Sawadee kraapp!
(Yo,what's up bro?)
Pai nai?Pai kap baan.
(Nak pi mana tu?Balik kampung...)
Kin arai?Kin polemai,kin kenom.
(Makan apa?Makan buah, makan kuih).
Hahaha!My mum boleh cakap siam kat rumah tau.I pun belajar sikit2.Tapi ntah camne part makan buah dgn makan kuih tu yg I hafal.Hehehe!
Malaysia sebuah negara yg aman?Itu petikan dari 'hikayat' purbakala mana tuh?
p/s dah tgk blog yg I maksudkan tu?Pi la masuk sekali,kasi sentap...eh,nape sama mcm profil tutor kita ek?
Post a Comment