Sunday, August 14, 2011

GAYA BAHASA, NADA, RIMA DAN BENTUK DALAM SAJAK

GAYA BAHASA

1. Anafora -Pengulangan kata pada awal baris
Terbang kenanga terbang pohon
Terbang burung sering dipohon

2. Responsi -Pengulangan kata pada tengah-tengah baris
Sayang indah pergi Johor
Dia yang kupinta pergi datang

3. Epifora -Pengulangan kata pada akhir baris
Sayang Salmah hatinya pedih
Teruja sakitnya hati pedih

4. Repitasi / Repitisi -Pengulangan kata pada baris yang sama
Pergilah sayang pergi jauh
Hati ini hati yang dilukai

5. Simplok -Pengulangan kata pada awal dan akhir baris yang sama
Sayang seribu kali sayang
Hanya aku yang kau kenali

6. Sinkof / Sinkope -Penggunaan singkatan kata
Ku, mu, mau, tak, nak, mak

7. Metafora -Perbandingan secara tidak langsung atau kiasan atau perbandingan yang mempunyai dua kata yang berisi konkrit dan abstrak.
Bukit-bukit harapan
*Bukit ( unsur konkrit)
*harapan ( unsur abstrak)

Hatinya mengalir sungai duka
*sungai (unsur konkrit)
*duka (unsur abstrak)

8. Simile -Perbandingan atau kiasan secara langsung yang bersendi laksana, seperti, bak, umpama, bagaikan dan sebagainya
Seperti kolek terdampar di pasir
Bagai buih kecil di air

9. Personifikasi -Penggunaan unsur kemanusiaan terhadap unsur bukan manusia
Kebosanan menggigit pangkal rasa
*kebosanan bukan manusia, kebosanan tidak boleh menggigit.

10. Hiperbola -Penggunaan unsur yang melampau
Cinta kepadanya cinta jutaan bunga-bungaan
*manusia tak mungkin dapat cinta akan berjuta-juta bunga

Sekarang Kumpulkan tenaga raksasa
*manusia tak mungkin dapat mengumpulkan tenaga seperti raksasa

Seribu tahun kembali juga
*manusia tak mungkin berjumpa selepas seribu tahun

11. Hybrid-Penyatuan dua kata menjadi satu kata
Bertanggungjawab
*Tanggung + jawab

Ketidakpastian
*Tidak + pasti

12. Inversi- Pembalikan kata
Aduhai adinda berpesan adik
*Sepatutnya ditulis Aduhai adinda adik berpesan

13. Paradoks -Penggunaan unsur positif dan negatif dalam satu baris puisi
Menangis dalam kegembiraan
*Menangis – unsur negatif
*Kegembiraan – unsur positif

14. Asonansi -Pengulangan bunyi vokal
Aduhai malang Pak Kaduk
*pengulangan huruf vokal "a"

15. Aliterasi- Pengulangan bunyi konsonan
Ayamnya menang kampung tergadai
*Pengulangan huruf konsonan "m"

16. Imejan -Penggunaan unsur alam
Sungai, laut, bukit, tasik

NADA DALAM SAJAK

Melankolik -sedih
Patriotisme -Cinta akan negara
Sinis -Mengejek / menyindir
Romantis/Romantik -Kegembiraan / kebahagiaan
Protes -Membangkang
Ironi -Keadaan yang menunjukkan penentangan
Ode / Oda -Memuji atau menyanjung

RIMA AKHIR
Sajak -Bebas
Syair -a,a,a,a
Pantun -a,b,a,b

BENTUK DALAM SAJAK
Distikhon -----Dua baris setiap rangkap
Terzina -----Tiga baris setiap rangkap
Kuatren -----Empat baris setiap rangkap
Kuantren -----Lima baris setiap rangkap
Sestet -----Enam baris setiap rangkap
Septet -----Tujuh baris setiap rangkap
Oktaf -----Lapan baris setiap rangkap
Soneta -----Empat belas baris setiap rangkap

* Semoga nota ini bermanfaat.

7 comments:

Rusdi Abd Rahman said...

Sdra Zulfazlan,
Nota ini sungguh bermakna untuk mengingatkan kembali sikit ilmu yang ada dalam diri sendiri. Terima kasih.
Apa-apapun, bilakah ada balik ke Johor? Ya... mahu serahkan buku antologi puisi 'Bingkisan Ledang' buat Sdra Zulfazlan.

Zulfazlan Jumrah said...

En Rusdi. Terima kasih. Sambil menaip nota untuk pelajar, saya terfikir kalau-kalau nota ini dimanfaatkan baik juga. Saya akan pulang pada 26 Ogos ini. Em, kalau tuan tolong poskan sahaja bolehkah?

Raif said...

Kalau puisi pun sama je kan??

Unknown said...

thanks ye...izinkan sy share..ia sgt manfaat dan membantu sy utk bt assignment..

Unknown said...

mengingatkn sy waktu bljr sastera ting 5 thn 1989

Unknown said...

Terbaik!!

Junita Binte Johari said...

Terima kasih atas perkongsian ilmu yang amat bermanfaat ini. Mohon share boleh?