SUATU HARI, DI SEBUAH KOLEJ KEDIAMAN DI SEBUAH UNIVERSITI TEMPATAN, ( AGAK POPULAR JUGA UNIVERSITINYA, MALAH TERDAPAT SEORANG SN YANG MENGAJAR DI SANA.) TELAH DIADAKAN SATU MAJLIS MAKAN MALAM YANG AGAK MERIAH. PADA MAJLIS ITU, ACARA YANG DIADAKAN IALAH PERSEMBAHAN OLEH PARA PELAJAR KOLEJ ITU. SALAH SATU ACARANYA IALAH BACAAN PUISI OLEH SEORANG PELAJAR LELAKI YANG TIDAK PERNAH MEMBACA SAJAK SEUMUR HIDUPNYA.
LALU, HENDAK DIJADIKAN CERITA, LELAKI TERSEBUT MEMINTA SEORANG PENYAIR MUDA YANG SEDANG MENINGKAT NAIK UNTUK MENCIPTAKAN SEBUAH SAJAK UNTUK DIDEKLAMASIKAN PADA MAJLIS TERSEBUT. PENYAIR MUDA INI PUN, SEMEMANGNYA TIDAK TAHU CARA HENDAK MENOLAK PERMINTAAN TERSEBUT, DAN TERUS SAJA MENYIAPKAN PUISI ITU TANPA BANYAK CAKAP. NAMUN AKHIRNYA PENDEKLAMASIAN PELAJAR TERSEBUT PADA MALAM TERSEBUT AMAT MNGECEWAKAN.
INILAH KISAHNYA. WALAU SEBAIK MANAPUN KARYA SESEBUAH PUISI ITU, IA TETAP BURUK JIKA DISAMPAIKAN DENGAN CARA YANG BURUK!!
2 comments:
Salam Selendang Panji,
Bukan semua penulis boleh mendeklamasi dengan baik.Bukan semua deklamator boleh menulis puisi dengan baik.Ingat macam tu je.Tapi kalau boleh kuasai kedua-duanya,teramatlah bagus!
Akak pun biasa,tulis sajak cantik-cantik, sekali dibaca macam jin afrit sakit perut oleh orang yang berkenaan.
Haa..you punya markah assignment ialah...err..hmm...!
sabo yeop!
Post a Comment