Saturday, January 26, 2008

"KALAU TAK PANDAI MENARI, JANGAN SALAHKAN LANTAI YANG TAK RATA"

Beberapa hari yang sudah, aku menerima satu kejutan. Kejutan yang berjalur-jalur dan mungkin boleh dianggapkan seperti pucuk dicita ulam mendatang. Sedang aku asyik memikirkan tentang siapakah gerangan insan (kalau layak digelar begitu) yang jahat hati dan gatal tangan yg menghantar komen2 'BODOH' di blogku ini, aku menemui seorang gadis bernama Aishah yang secara terangan melahirkan rasa tidak puas hati terhadap Firu's yang lalu. Barangkali dia juga merupakan salah seorang insan yg menghantar komen2 tersebut.

Aku mengenali dia kerana kami pernah sekuliah dalam satu subjek pada semester lepas. Dan sejujurnya dia tidak pernah menyangka bahawa akulah pemilik blog NAKHODA BANGSA ini. Dia melahirkan rasa ketidakpuashatiannya terhadap struktur kehakiman dan pengadilan Firu's yang lepas. Aku rasa pelik kerana pada aku, pengadil yang kami pilih adalah 'otai' dalam bidang ini, apatah lagi mereka juga merupakan para pensyarah yg hebat dan bagus. Jadi, bagaimana mungkin aku boleh menerima pertikaiannya terhadap mutu pengadilan kerana kebanyakan pengadil merupakan 'Masters" dalam bidang ini.

Padaku, Aishah mengatakan begitu kerana dia seorang yang terdorong dengan keracunan emosional. Tidak dapat menerima kekalahan pasukan pantunnya pada Firu's yang lepas. (Lebih terkilan barangkali kerana dia merupakan pelajar tahun akhir UPM dan cita-citanya untuk memenangi Firu's tidak kesampaian). Apalah yang hendak diikutkan rasa hati tu, kita kena realistik bahawa ada insan yang lebih hebat dalam pantun ini. Mungkin jika itu bukan alasan yang tepat, sekurang-kurangnya dia harus faham bahawa keputusan hakim adalah MUKTAMAD. Terma ini sudah termaktub dalam syarat-syarat pertandingan (yg mungkin Aishah sendiri tidak pernah menelitinya)

Persoalan tentang penganjur mengubah format pertandingan pada saat-saat akhir ternyata tidak benar. Untuk pengetahuan Aishah, memang dari tahun lepas lagi kami mengadakan format pantun spontan untuk peringkat akhir pada setiap liga. Barangkali dia tidak tahu kerana pasukannya tidak berjaya ke peringkat akhir liga pada tahun lepas. Bezanya, pada kali ini, peserta dibenarkan untuk menggunakan kertas untuk membeli pantun yg dijual bagi menjamin kualiti pantun itu sendiri kerana ia akan dibukukan. Tetapi bagi pantun yg dijual pemantun perlu menghafal pantun mereka sendiri. Saya maafkan anda Aishah kerana saya tahu anda tidak pernah sampai ke peringkat akhir liga kolej Firu's pun sebelum ini. Pengalaman ini harap dapat disampaikan kepada adik2 junior ya!

Satu lagi isu yg dibangkitkan oleh Aishah ialah soal usaha pihak penganjur untuk mendokumentasikan pantun-pantun para peserta yg diambil. Usaha ini kita harus lihat sebagai satu usaha murni supaya kita sama-sama dapat menatap pantun-pantun para peserta Firu's dan ia juga sebagai panduan agar tidak timbul soal pelagiat atau menciplak pantun yg sedia ada. Aishah mungkin mementingkan soal royalti, tetapi percayalah bahawa org luar tidak akan terhegeh-hegeh hendak membeli antologi pantun tersebut. Jadi, tak perlu risau kerana duit royalti anda itu pun mungkin belum dapat menanggung kos percetakan buku tersebut. Jadi, jangan banyak songeh!

Ada juga desas desus dari kayangan yg mengatakan bahawa pada Firu's yg akan datang, banyak kolej yg akan mem'boikot' Firu's. Kami sebagai penganjur profesional (sudah tujuh tahun mendewasakan pertandingan ini) tidak takut dengan pem'boikotan tersebut. Firu's akan dijalankan walau apa juga cubaan2 BODOH yg ingin dilakukan oleh golongan yg berfikiran dangkal dan cetek ini.

Kalaulah anda mahu bersama-sama kami memartabatkan warisan ini, silakan. Kami mengalu-alukan dan percayalah yg kami tak pernah pun berdendam dengan mana-mana pihak kerana kami telah menjalankan tugas ini dengan profesional.

Kalaulah anda mahu mem'boikot' Firu's pada mada masa akan datang, silakan. Kerana kami tak ada masa untuk melayan kerenah-kerenah mereka yg tidak pernah cuba untuk menjadi profesional. Kalau mahu meminggirkan Firu's ini, silakan. Kerana ia melambangkan ketulenan tentang kesetiaan anda terhadap warisan ibunda ini.

Buat Aishah, " KALAU TAK PANDAI MENARI, JANGAN SALAHKAN LANTAI YG TAK RATA SANA-SINI. KALAU TAK PANDAI MENJAWAB JUAL BELI PANTUN, JANGAN SALAHKAN PENGANJUR YANG TAK MENYEDIAKAN MIKROFON"

Lain kali, jadi Profesional!

4 comments:

Anonymous said...

Tutup blog? tak perlu sebab ini blog saya. Dan anda,xsukagediklah (pelawat yg tak diundang)sepatutnya tidak melawat blog saya ini. Saya menjalurkan gagasan pemikiran dan kejujuran melalui blog ini untuk mereka2 yg mahu berkongsi idea dan pemikiran. Kalau tak suka, saya tak harap anda melawat blog saya ini.

Anonymous said...

buat apa gaduh2 sama kita
malaysia ini kecik aje
kalau semua gaduh sapa nak jaga

Anonymous said...

seram bila baca blog ni,,,
x pernah pula terasa yang begini kesudahannya,,,
dan salaku penonton setia firus,,
biasalah,,ada kekuatan dan ada kelemahannya firus,,
dan firus dh bnyk buka ruang utk saya berjaya dlm pantun,,

mana yang keruh,,jernihkanlah,,,
doakan saya berjaya dlm prtnadingan pantun 15hb ni,,

p/s:saya knl aishah,,dia baik sbnrnya,,dan dia dh bnyk terlibat dgn pantun,,,jgn lah fikir yg negatif tntng dia,,
dan sy juga knl chef wan,,dan dia pun baik,,of course,,junior sy,,

Anonymous said...

ko memang bengong lagi membodohkan sebenarnya...aku rasa ko nie memang jenis manusia lidah bercabang....pandai putar belitkan kenyataan...walhal bukti dan kenyataan jelas depan mata...

aku rasa ko memang x pernah join firus sblm2 nie....pada akhir liga, x pernah diadakan pantun spontan...nie kali pertama,sundal....ko tanya la budak2 pantun b4 dis...ko ty si nubli kum kum...ko tanya pemantun2 lain...x pernah sundal.....

tp kalo akhir firus, yer....memang selama nie spontan...dr pantun jual n pantun beli....ko memang sundal sbnrnyer, mengata org lain...sedangkan x cermin diri dulu.....

kalo ko nak tau, diperingkat ipta/ipts, kalo x leh jawab dlm masa yg ditetapkan,kosong ok......x der markah kesian or so on...tp x tau la plak kalo firus nie ader markah kesian....

aku rasa pihak penganjur yg x bagi garais panduan pada juri....tah aper2...syok sendiri......kalo peringkat ipt, sah2 diaorg akan kumpulkan pemantun n juri, then ketua juri akan bgtau skema pemarkahan...tp firus ado????non ado.....choy ok.....