APA yang berbekas di benak saya sebaik sahaja berjaya mementaskan teater Tun Kudu, adalah rasa lega dan kegembiraan yang tidak terhingga. Saya tak pernah bermimpi, pada usia semuda 23 tahun, saya berjaya mengarahkan sebuah pementasan teater purbawara dan sememangnya saya akui banyak kelemahannya yang sangat mendukacitakan penonton. Saya ingin memohon maaf kepada penonton sama ada yang datang dari dekat atau jauh(ada rakan saya datang dari UTM Skudai semata-mata untuk meyaksikan pementasan teater ini)sekiranya pementasan ini mengecewakan anda.
Hakikatnya, saya seorang yang sangat degil! Degil dalam konteks pendirian, prinsip, falsafah atau mempertahankan diri. Saya akui, banyak pihak yang mengatakan bahawa salah satu kelemahan yang paling ketara adalah aspek teknikal di Dewan Banquet tersebut. Sejujurnya, saya awal-awal lagi tidak bersetuju dengan lokasi pementasan Teater Tun Kudu ini diadakan di Putra Banquet Hall. Sebuah pementasan teater diadakan di sebuah dewan makan? Tidakkah itu aneh? Dan sudah pastilah, akan banyak kelemahan yang akan timbul terutama dari aspek penataran pencahayaan, frekuensi audio,koreografi pelakon di pentas,aspek space blocking, dan permainan props. Segala-galanya tampak aneh!
Saya sebenarnya lebih selesa sekiranya kami berkolaborasi dengan DBP untuk mementaskan teater ini di stor DBP, atau di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Panggung Bandaraya DBKL atau setidak-tidaknya di beberapa dewan yang sesuai untuk sebuah pementasan teater.
Akan tetapi, inilah perkara yang berlaku apabila seorang seniman disekat untuk berkarya. Pendapat saya meski memegang 'title' sebagai pengarah, selalu disanggah. Hal ini mencakupi aspek pemilihan lokasi pementasan, peilihan pelakon, susun atur props,susun atur persembahan selingan (saya cuma mencadangkan tiga persembahan selingan saja)dan banyak lagi yang saya tidak berpuas hati melibatkan kebajikan pelakon-pelakon saya.
Saya bukanlah seorang yang kejam. Bukan juga seperti semut yang boleh dipijak sesuka hati. Saya mempunyai prinsip sendiri. Seperti mana saya berprinsip ketika menulis sebuah karya, begitu jugalah saya tetap memegang prinsip sebaik sahaja duduk di kerusi pengarah.
Kelemahan tetaer saya memang ketara, tetapi saya perlu tegaskan di sini, bahawa saya mempunyai hujah tersendiri:
1. Ini adalah teater pertama saya
2. Pelakon saya bukanlah pelakon yang profesional (semua tidak pernah berlakon teater sebelum ini)
3. Lokasi pementasan tidak sesuai
4. Kelengkapan teknikal di dewan tersebut sangat terbatas
5. Sumber kewangan yang terhad.
Kepada insan-insan yang menghentam teater saya (di depan saya atau di belakang saya), saya lontarkan hujah-hujah ini kembali kepada anda. Dan, saya ingin tegaskan di sini, bahawa teater saya bukan setaraf PGL The Musical!Dan,jangan lupa menjemput saya sekiranya anda mementaskan sebuah teater..
3 comments:
assalamualaikum, lan. sabar sajalah dengan apa yang terjadi. anang tau, kita tidak dapat memuaskan hati semua pihak, wlaupun pada hakikatnya kita telah mencuba yang terbaik.
askum lan, aku percaya dan yakin prinsip ko akan menang, teruskan kerja kuat k. wasalam.
jangan berumah di tepi pantai jika takut dipukul gelombang.
Post a Comment