Tuesday, November 17, 2009

MEMILIH




Sajak ini telah berada di dalam kepala saya hampir empat tahun, iaitu sejak tahun 2005. Ia tercetus sebaik sahaja saya menyelami puisi " BAKAT", "PEMBELI MASA SUDAH" karya T. Alias Taib dan "ANAK LAUT" karya Rahimidin Zahari. Lalu, barangkali muzik puisinya, pemilihan diksi dan rima konsonannya sedikit terkesan daripada sajak yang hebat itu. Namun, puisi ini belum lagi lengkap pada saya. Masih perlu diperam dan diperam sehingga satu waktu yang saya sendiri tidak tahu.



MEMILIH
(Pak Engku, pasar pengalaman saya tidak mempunyai banyak pilihan)

Perkara paling ruwet dalam hidup adalah:
- untuk MEMILIH.

Seperti ruwetnya penyair
yang memasuki hutan kata-kata
yang dihuni sejuta pohon aksara
dalam serimba fikir yang durja.

Seperti sukarnya para nelayan
memilihi lubuk dan lautan rezeki
mendayung kolek hidup yang sering ke tepi
dan pulangnya mereka di malam yang sepi
tanpa ikan yang sedikit bersimpati.

Memilih daripada yang terpilih
adalah dorongan rasa yang takjub!
namun perlu dipastikan
ia diputuskan dari pertimbangan akal fikiran
dan bukannya daripada limpahan
empangan perasaan.

ZULFAZLAN JUMRAH

1 comment:

Unknown said...

ayat dlm sajak nie berat sket tuk liza fhmkn.... tp sajak nie mgingatkn liza masa kat sek men dlu.... time amek subj Bahasa Melayu iaitu buku Anak Laut.... teringat sewaktu cikgu suh kami cipta satu sajak tentang Nelayan hehehe....