Wednesday, August 29, 2007

KONVO, SASTERAWAN DAN PUISI DESAKAN

DRAF 1



DRAF 2

Dua helai draf sajak aku yang bertulisan tangan dan asli sengaja aku paparkan di sini. biar semua orang tahu dan mengerti betapa sukar dan rumitnya jika mahu ,mencipta sajak. Ada perkataan yang diubah, ditukar, dibuang, diambil, kadangkala diambil semula setelah dibuang, menunjukkan bahawa proses mencipta puisi tidak semudah ABC.


Aku dijemput (lebih tepatnya diarahkan) untuk menulis sebuah sajak sempena konvokesyen ke-31 UPM baru-baru ini. Secvaranya agak tergesa-gesa dan perlu cepat, kerana pemberitahuan ini secara tiba-tiba (ketika itu aku tengah tidur, dan aku terbangun apabila lagu "Because Of You" nyanyian Kelly Clarkson menjerit dari telefon Nokia 3610ku)

Aku tidak boleh tidak, terpaksa menerima arahan TNC yang disampaikan melalui Nazrin itu yang meminta aku untuk mencipta satu sajak yg berkaitan dengan konvo, kemerdekaan, ibu bapa, dan kejayaan. Lihat! Betapa banyak 'rempah' yang perlu ada, apatah lagi sajak itu perlu di 'mi segerakan' pada keesokan harinya.

Aku dengan rasa hormat dan tanggungjawab (sebenarnya, aku pun memang bercadang mencipta satu sajak tentang kovokesyen pun waktu tu) menerima tugasan itu. Ah, apa yang nak dirungutkan. Setidak-tidaknya aku boleh berbakti untuk UPM. Aku boleh menukilankan perasaan aku melalui puisi yang akan dideklamasikan di hadapan ribuan mahasiswa yg sudah grad. Iulah angan-anganku. Berkongsi nukilan dengan orang lain, dan mnyedarkan mereka betapa kejayaan mereka hari ini adalah hasil daripada kepayahan ramai orang satu ketika dahulu. Itulah mesej aku.

Tapi, apa yang terjadi ialah sajak aku tidak dibacakan waktu itu. Tak sempat katanya. Aku pun hairan. Sudahlah sajak tu perlu disegerakan, lepas tu, dengan mudah tak diendahkan langsung pendeklamasiannya. Tak cukup masa kerana dipenuhi dengan ucapan-ucapan yang berbasa-basi, memuji dan mengagungkan pihak-pihak tertentu.

Beginikan sikap warga yang selama ini mengaku mereka merupakan golongan yang mempunyai kebudayaan yang tinggi? Dengan mudah dan selamba melanggar janji. (untuk pengetahuan, aku tak dibayar sesen pun untuk sajak ini. Cuma, dijanjikan nama aku akan disebut sebagai orang yang mencipta sajak ini. Aku tak kisah dengan bayaran, kerana penghormatan seumpama itu sudah lebih daripada cukup bagiku)

Lihatlah, rupa-rupanya begini nasib sasterwan 'hantu' yang ditugaskan untuk menulis bagi isu-isu tertentu. Bezanya saterawan 'hantu' dalam kes aku dengan kes penulis 'hantu' yg pernah ditulis oleh Baha Zain adalah dari segi bayarannya. Penulis 'hantu' yg pernah dikatakan oleh Baha Zain menerima bayaran, tetapi untuk kes aku tidak. Sudahlah begitu, sajak itu sendiri tidak dibacakan di hadapan khlayak. Ah, inilah peribadi manusia zaman sekarang yg dibebat dengan selaput keegoan. dan aku belajar sesuatu darinya. Jangan lagi menerima atau menulis puisi yg boleh dikelaskan dengan nama 'PUISI DESAKAN"

4 comments:

Anonymous said...

ko edit skit...masukkan rasa tak puas hati ko, pastu ko hantar la kat mana2 penerbitan.lagi bagus...

(kalo kena tahan ISA, aku tak masuk campur.hahaha)

Anonymous said...

Adehhh..ginilah jadinya bila budaya berucap berhasta-hasta lebih didaulatkan. Takpalah...jangan lekas berputus asa. Ini hanya sedikit duri dari denai yang masih panjang. Anggaplah ini muncung todak yang cuba nak membocorkan kapal milik nakhoda bangsa tu.

At least dah siap satu karya. Setuju dengan ode, hantarlah ke mana-mana.

Anonymous said...

Kisah johan sayembara deklamasi puisi, Ili budak FBMK pun sedih gak. Dia dah menang peringkat IPT tu, bukan peringkat UPM je tahun lepas. Bila dia bertanding sebagai johan menanti tahun ni, tetiba penganjur buat undang2 baru. Dia dah dapat johan tapi ditarik balik kejuaraannya kononnya sebab bawa sajak yg sama mcm tahun lepas. Padahal ketua juri pun tak tahu bila undang2 tolol ni digubal.

Dia puas telefon orang tu orang ni merayu. Puas minta tolong dengan UPM tapi UPM buat derk je. Ginilah nasib orang sastera. Menang dan menyumbang peringkat antarabangsa pun sape nak peduli. Cuba kalau yg kita menang tu kajian membiak baka kambing hutan ke!

Sabar je lah dik...kuatkan hati!

hani salwah yaakup said...

Biasala dik budaya disitu memang agak menyedihkan jugak kadang-kadang...sebab tu jugak la akak ni blah dr Putra FM dulu...hehe.

Takpe...berusaha lagi.Semoga berjaya!