Friday, January 4, 2008

KADANGKALA TIDAK SEMUA PERLU DITULISKAN

Assalamualaikum..

Pertama sekali aku nak minta maaf kepada mereka-mereka yang selama ini menyuruh aku meng'update'kan (kalau boleh aku gunakan perkataan ini) blog ini kerana sudah terlalu lama aku tak mengemaskinikan blog ini.

Aku tahu, rakan-rakanku (termasuk tutor yg comel) memang banyak kali suruh aku update blog aku ini, tapi aku buat 'dekkkk' je.

Bukan apa, selain kesibukan (apa lagi kalau bukan melayan macam-macam kerenah pihak atasan kolej- untuk beberapa majlis 'mencari kemasyhuran' yg sudah menjadi tradisi di kolej canselor ini.), aku juga menghadapi kesukaran untuk mengemaskini blog sendiri kerana masalah wireless yg sudah berbulan tertunggak(tak seperti janji manis pihak atasan ketika memancing undi pilihanraya MPP dulu), aku juga menghadapi masalah untuk memilih kisah yg sesuai untuk dituliskan di blog ini.

Kesukaran yang aku peroleh ialah untuk memilih kisah-kisah apa yg aku perlu aku tuliskan? apa yg boleh aku buat selepas menulis kisah-kisah itu? Dan kalau pun aku menulis kisah-kisah itu, adakah aku sejujurnya meriwayatkan kisah itu untuk para pelawat?

Banyak perkara yg boleh aku tuliskan untuk dikongsi bersama pelawat. aku boleh menulis tentang menu sarapan pagiku di kafe, makan tengahari di park view, kisah kucing parsiku yg baru melahirkan tiga ekor anak yg comel atau pun kisah cintaku yg tak pernah dilanda ribut. tapi, apa yg pembaca boleh perolehi bila membaca kisah sebegitu? tak ada. tak ada gunanya kerana kita tidak boleh melakukan sesuatu untuk kisah sebegitu.

aku juga sebenarnya tertarik untuk menulis tentang perspektif haluan kiriku terhadap sejarah-sejarah besar dunia yg berlaku kebelakangan ini, terutamanya kes pembubuhan tragis bekas perdana menteri pakistan, bennazir bhutto atau yg paling menarik sudah tentu kes 'kantoi' video seks bekas menteri kesihatan malaysia, datuk chua soi lek. namun bila aku terfikir semula, aku rasa aku tak perlu menulis tentang semua itu kerana umum sudah mengetahui (ada juga yg menokok tambah kisah itu) di akhbar.

Kesimpulannya, sebenarnya ada beberapa perkara yg kadangkala tidak perlu tuliskan, kerana penulis itu diajar untuk menulis tentang sebuah kebenaran. kebenaran yg secara peribadi padaku adalah satu kebenaran yg nyata, dan bukan hanya sepotong mimpi yg lena. wassalam..

6 comments:

rai said...

Yang akan kutuliskan di sini:
1)Wajah baru nampaknya blog ini
2)Mana chat box?Senang sikit nak mengutuk.Muahaha!
3)Tutor Comel?Ermmmm...bagaimana dgn SN Yg Comel?Terutama bila makan ayam goreng dgn awek?Muahaha lagi!
4)Hanya Menteri Kesihatan yg arif mengenai seks secara sihat.

Kui kui kui kui kui!

hani salwah yaakup said...

Nak komen jugak;
1)Mana chat box? Payah kak hani & tutor comel nak mengutuk...hehe
2)SN Comel yang makan ayam tu comel ke?Hahahahaha
3)Selamat kembali mem"blog"
4)Terima kasih kerana update & takde dah rembulan syawal je menerangi...hehehe

Anonymous said...

em..sebenarnya tak tau macamana nak tambah shout box tu. macamana ek? ada sesiapa boleh tolong? i ni buta komputer la..

Anonymous said...

kalau ada yang boleh tolong, blog saya zulfazlan_jumrah@yahoo.com.

password: fazlan

tolong ye. hu...hu...

Anonymous said...

TAHNIAH...kejayaan anda 'mengatas tarikh' (update) blog adalah kejayaan paling besar!
hehehe

Anonymous said...

silap plak...komen kat atas adalah komen dari ode yang peka terhadap kawan2.huhuhu