Monday, May 26, 2008

KALAULAH INI YANG DIKATAKAN SEBUAH PERTEMUAN



Detik-detik sebelum mengenyangkan perut

(kak Hani ni la yg bawak kami konvoi ramai-ramai)



Bergambar beramai-ramai. Di tengah, orang kuat program ini Abang SM Zakir)




Pada 12-14 Mei yang lalu, aku berkesempatan menyertai satu program bengkel penulisan kreatif dan program pertukaran budaya anjuran PENA. Aku mengetahui tentang program ini melalui pensyarahku, Tn. Hj Shamsudin Othman (sebab dah letak nama jawatannya, terpaksa tulis nama penuh. Jika tidak aku memanggil beliau Abang Din saja. Lebih mesra, walaupun kami tidak pernah bermesra- senyum)



Waktu memanaskan badan sewaktu rempuh halangan. Gambar bawah, Ajun partner sukaneka petang tu (comel kan?)

Program yg diadakan di Sukida Resort ini amat mengujakan kerana ia turut disertai oleh rakan-rakan Melayu-Islam dari Prince of Songkhla Universiti (PSU) yang secara kebetulan melengkapkan rentetan penjelajahan mereka di semenanjung Malaysia, dan program ini salah satu daripada jeda perjalanan mereka sebelum pulang ke negara Gajah Putih itu.





Peserta lelaki hanya ada 6 orang. Dari kiri; Wan, Aku & Aidil Khalid (Malaysia) Sarofe, Bakri & Abdullah (Thailand)


Mengenali mereka merupakan satu kenangan yg terindah dalam hidupku. Aku mempunyai rakan-rakan dari Indonesia, Singapura, Iraq, dan beberapa rakan di benua Eropah, tetapi agak malang kerana aku masih tidak mempunyai rakan yg berasal dari Thailand. Pelik, bukan?



Tirak-tirak, can ca kidteng te..(sayang-sayang, saya akan merindui kamu)


Dan secara peribadi, kami berkongsi banyak perkara (kami tidur agak lewat, dan keesokannya abang SM Zakir terpaksa menelefonku untuk mengajak kami semua bersarapan). Banyak perkara yg kami bincangkan; termasuk persoalan sejarah, politik, ekonomi dan semestinya perkembangan sastera di Thailand. Jika persoalan bahasa dilihat dari aspek yg jelas, mereka sepatutnya bertuah kerana mempunyai rakyat yg sangat patriotik dan kerajaan yg sangat mendaulatkan bahasa Siam. Malah, aku sempat belajar beberapa perkataan Siam daripada kenalanku. Kalaulah kerajaan kita sekomited kerajaan Thailand yg gigih mendaulatkan bahasa ibunda sendiri, alangkah indahnya. Dan kalaulah pertemuan ini ada timbal baliknya, aku yakin akulah orang pertama yg sangat teruja untuk memeberikan nama. Buat Abang Din dan Abang Zakir, saya rasa molek juga kalau hujung tahun ini kita legasi dari Malaysia melawat mereka di Wilayah sana.

5 comments:

Anonymous said...

Lan, bolehlah kita ajarkan kawan-kawan UPM tarian yg diperturunkan teman2 PSU, tarian CEO MACEO ;)

mOEha Aziz said...

seronok amat mendengar cerita yang sama melalui pertuturan yang berbeza...

:)

hani salwah yaakup said...

Lan,gambar2 dari lain-lain kamera ada tak? Nanti bolehla kita berkongsi-kongsi...hehe!

Anonymous said...

em..tak ada la kak hani. i tak amik banyak gambar. takut ada orang kat "kamera awak terang ke?"
hu...hu...try tanya afikah. mesti dia ada banyak.

Anonymous said...

lan, dalam banyak-banyak kawan awk tu, saya terperasan kawan alam maya yang dok saya pi blog dia, si wan tu. la, tak sangka dia kawan lan, kecik kan dunia.. cemburu tgk awk berseronok sakan. tak pe tak pe.. lagi setahun lagi sebelum kita balas dendam pergi program sini sana..=)