Sunday, May 11, 2008

YANG TERSIRAT DALAM LOCUS STANDI RANIA SALSABILLA

Ilustrasi Pelukis tentang cerpen Locus Standi Rania Salsabilla

Jarang sekali aku memasukkan entri tentang karya-karyaku yang pernah tersiar di media ke dalam blog. Selain tidak mahu bermegah dengan karya yang terpilih itu (barangkali terasa diri ini masih terlalu kerdil dalam ujana sastera negara), aku hanya berbuat begitu sekiranya karya tersebut benar-benar membawa erti yg sangat mendalam pada diriku.
Natijahnya, cerpenku yg tersiar di Berita Minggu pada 11 Mei (kebetulan terkena dengan tarikh Hari Ibu), sangat bererti bagiku. Ini kerana cerpen tersebut selain menggunakan dua nama 'permata hati' bagi mentor-mentorku di MPR, tidak ramai barangkali yg tahu ia juga turut menyelitkan nama kedua-dua org tuaku.
Watak Tok Nanang adalah panggilan untuk ayahku, Salhah, ialah nama sebenar ibuku (SELAMAT HARI IBU MAK- tersenyum), Kamaluddin- gabungan nama abangku (kamal) dan anak saudaraku (nordin), Ruzihana (kakakku yg nombor enam) serta Dr. Shamsuddin (juga mentorku di MPR 2006).
Itulah sebabnya cerpen ini sangat bermakna bagiku (mungkin ada yg mengatakan ia tidak bagus), tetapi padaku yg baru setahun jagung bergelumang dalam dunia sastera ini, melihat karya tersiar di media massa, ia adalah satu permulaan yg cukup bererti, dan untuk berhenti daripada terus menerokai ilmu yg maha luas ini adalah sesuatu yg tidak mungkin akan aku lakukan.
Terima kasih editor, kerana menyiarkan cerpen yang sangat bererti ini. Rupa-rupanya masih ada insan yg faham bahawa cerpen bukan hanya perlu dilihat dari mutu penceritaan sahaja, tetapi siapa tahu rupa-rupanya sesebuah cerpen itu membawa makna yg sangat besar kepada penulisnya dan org-org yg disayanginya sendiri...

4 comments:

Anonymous said...

Salam,

Siapa dia permata hati mentor-mentor MPR you tu?Adakah sama dengan permata di habib jewel?Hahaha!

Kata I,tajuk cerpen you mcm nama saintifik cacing kerawit.Kata Kak Nisah,mcm nama saintifik cacing gelang kacuk cacing rambu.Hehehe...jgn marah!Kami bergurau sekaligus bangga dgn protege kami.Itu tandanya kami prihatin dan gembira.

Cuma jgn kerap sangat kacuk nama orang/tajuk karya org lain utk buat tajuk karya sendiri. Bukan tak boleh,cuma jgn kerap sangat.Memang menarik,cuma takut hilang kekuatan diri sendiri yg memang dah kuat.Hidup tongkat ali!

Anonymous said...

Terima kasih mama Rania. Hepi sebab cerpen ni tersiar, setelah banyak karya yg saya hantar turut menggunakan nama yg sama. Kenapa? Sebab saya terlaluterhutang budi kepada mama kedua-dua nama ini. Yg telah memugar perbatasan ilham ini..Hidup juga kacip fatimah!!!

mOEha Aziz said...

salam kenal,

rakan saya ada membacakan cerpen yang disifatkannya sungguh berbelit lidah nak menyebut judulnya :)

melompat dari laman hani salwah...

gembira kerana ada juga penulis pelapis yang baru...

Anonymous said...

lan, tak sempat nak baca cerpen kamu tu.. tak pe. nanti yana cari balik.. lan, bukan yana tak update blog, cuma dah pindah rumah. tapi jgn bagitau org ramai.. senyap-senyap dahulu...hehe..
neway, nanti yana baca dan yana komen ya.. tgh sibuk buat praktikal ni