Sebanyak kira-kira 50 SMS yang aku terima sejak tepat jam 12 malam 4 Ogos tadi sehinggalah ketika aku mula menulis entri ini. Kebanyakannya daripada rakan-rakan di kolej, sekelas, dan beberapa rakan penulisku. Malah, di peti mel juga agak hebat. Aku menerima emel daripada beberapa rakanku di luar negara seperti Sameer (sedang bercuti di Singapura), Chynta di Jakarta dan beberapa rakanku di Prince of Songkhla Universiti. Terima kasih kalian kerana memaknakan hari lahirku ini dengan ucapan-ucapan yg indah sekali.
Aku kembali merenung ke dalam diri. Pada usia yg kian menajak 22 tahun ini, aku sedar bahawa kematangan kian meluru dalam setiap sendi diri. Ah, manakan begitu mudah untuk aku meninggalkan segala-galanya di usia remaja dan kanak-kanakku. Padaku, usia remaja dan kanak-kanak ialah waktu terindah dalam hidup. Tanyalah kepada sesiapa pun. Tapi bila kita semakin dewasa, kian pandai bergaul dgn masyarakat, dan terpaksa pula melibatkan diri dgn kepayahan dunia, ia bukanlah waktu yg baik untuk dikenang. Apa pun, semua itu cabaran dan dugaan. Bersempena hari lahirku yg ke-22 ini, aku tahu perjalananku semakin payah. Tuhan, andai kepayahan itu mendekatkan aku dengan-Mu, berikanlah kepayahan itu melebihi segala waktu dan kesenanganku di denai perjalanan ini. Zulfazlan Jumrah, 4 Ogos ini, bukanlah hari yg indah lagi buatmu. Masih banyak yg perlu kau renungi selalu!
4 comments:
Lan,
Meski terlambat (terlupa sebenarnya!) "Selamat Hari Lahir ke 22". Semoga dimurahkan rezeki dan di permudahkan segala-galanya. Amin!
HEppi Befday ye.. semoga panjang umur n dimurahkan rezeki...
Adikku lan,
wah, ngkau terima 50 sms eh, kalah anuar zain kalau macam nih...anuar zain bagitau akak dia dapat 8 sms je masa besday dia yang lepas.
dik, moga panjang umurmu, murah rezekimu..
ingat, biar amalan seiring usia juga!
kak nas
wei hupdate blog la wei...
Post a Comment