Sunday, June 29, 2008

SECAWAN CAPPUCCINO DAN SEPIRING KENTANG GORENG DI OLD TASTE WHITE COFFEE

Bagai ada debaran yang tercipta pada petang tadi, sebaik pertemuan yang pada awalnya hanya dirancang 'main-main' oleh kami, tetapi akhirnya membawa kami kepada satu sesi pertemuan yang 'meriah' dengan aneka suara yang riuh rendah di Old Taste White Coffee.

Aku mengenali Suzana sejak kami sama-sama menjadi 'terejal' di sekolah teknik dulu. Kami sekelas, dan selama 2 tahun kami berada di sekolah teknik Batu Pahat, agak banyak kenangan yang sempat kami ciptakan bersama-sama apatah lagi dia merupakan salah seorang AJK di asrama sepertiku.

" Pelik betul aku tengok kau ni. Dulu, bukan main beria-ia lagi belajar civil engineering kat Teknik. Kaulah anak murid kesyangan Tn. Hj Bahanin. Cikgu Kamaliah pun suka kat kau. Setiap kali ada amali, aku tengok hasil kerja kau yang selalu dapat pujian. Tapi, bila aku dapat tahu kau ambik Pendidikan, then jadik orang sastera, aku rasa macam nak tergelak sampai pengsan. Ha..Ha.. Kau ni poyo la. Dah join line-line budak-budak jiwang pulak."





Aku cuma mampu tersenyum, sambil aku mencicip Cappuccino yang kupesan tadi. Suasana di sini agak permai; tidak terlalu riuh, tidak juga terlalu sepi. Dan sebenarnya aku gemarkan keadaan seperti ini, sama saja seperti mana aku menikmati Expresso Solo di Starbuck sama ada di Bangsar atau di sebelah Plaza Kota Raya berhampiran Puduraya. Suzana masih cuba memperlekehkan aku, walau nadanya lebih terjurus bergurau sebenarnya. Namun sejujurnya aku sedikit pun tidak terasa hati lantaran sudah lali dengan kata-kata yg sering mengguris hati begini.

" Come onlah Lan. Kau menulis ni, berapa sen sangat yg kau dapat? Ada seribu dalam sebulan? Takde,kan? Pada aku orang sastera ni poyo. Korang dengan dunia korang je. Berkhayal! Pandai susun ayat-ayat manis, tapi golongan yg baca hasil karya korang ni berapa kerat sangat? Kalau ada pun golongan-golongan korang gak. Member sama member je. Ha..Ha.." Ketawa Suzana masih galak.

Aku masih cuba memujuk hatiku agar terus tenang. Kalaulah tak mengenangkan Suzana adalah kawan karib yg paling banyak membantu aku ketika menjadi AJK di asrama dulu, sudah lama aku menghambur hujah untuk menegakkan pendirianku. Apa? Salahkah aku menjadi seorang penulis? Kalau pun masih tak layak bergelar penyair, apatah lagi seorang sasterawan, sekurang-kurangnya aku menulis dengan niat yang jujur.

Ikhlas aku katakan, duit hasil royalti yg aku dapat tak pernah sekali pun aku gunakan pada perkara yg sia-sia. Aku menggunakan duit itu untuk membeli buku-buku sastera, melanggan majalah Dewan Sastera, Membeli novel-novel rakan penulis, berkelana mencari ilham, memberi kepada mak dan ayah (selalunya mereka menolak kerana mereka bukan pernah merestui penglibatanku di dalam bidang ini dan percaya atau tidak bahawa mereka tidak pernah membaca karya-karyaku) atau setidak-tidaknya membeli makanan untuk lima ekor kucing kesyanganku (Uno, Aslan, Itam, Memel dan Putih)


" Lan, aku nak tanya kau. Selama kau menceburi dunia sastera yang sempit ni kan, dah berapa banyak duit kau dapat?"
" Tak banyak. Adalah sikit. Tapi aku puaslah sebab aku ada menyumbang dalam dunia sastera Melayu ni walaupun dunia ni tak sebesar dan seglamour mana."
" Look! Kau dah tau kan yang bidang ni takde masa depan? So, kenapa kau masih nak bergelumang lagi dalam bidang ni? Wei, better kau join keje macam aku la. Aku banyak dapat tender untuk projek designer under company bapak aku. Lumayan tu takde la sangat, tapi lagi lumayan daripada apa yang kau dapat dengan menulis. Em, aku leh accept la kalau ko jadik cikgu. Tapi jangan la tulis benda-benda yg sastera ni. Kau ingat ada orang nak baca ke? Tengok tajuk je dah tau cerita tu boring. Entah apa-apa. Poyo. Dah tu nak main-main bahasa pulak. Berbelit-belit macam keling. Tak straight to the point!Ha, kalau nak tulis novel pun, buat la macam novel ahadiat akashah. Baru la ada orang nak baca. He..He.."

Tak lama selepas aku 'dibasuh' teruk oleh Suzana, kentang goreng yg kami pesan pun sampai.
" Makan-makan. Aku belanja kau. Dulu masa kat Teknik kau selalu simpankan makanan untuk aku kalau aku lambat sampai hostel,kan? Kalau aku tak sihat pun kau selalu tapaukan makanan untuk aku. Jadi kali ni biar aku belanja kau makan. Lagi pun kita ni susah nak jumpa,kan? Aku busy keje lak tu.."

Aku cuma mengangguk saja. Dalam hati, sebenarnya agak tawar hati ini untuk meneruskan perbualan. Apalah ertinya bertemu kalau dia hanya mahu memperlekehkan aku dan dunia sasteraku yg tak siapa pun tahu? Aku memang tak kuasa nak melayan org2 yg selalu merendah-rendahkan dunia sastera. Dan walau rakan-rakan di PBMP mengutuk dunia sastera tanah air kita pun, aku terus menjarakkan hubunganku dengannya. Malas nak layan!

Pertemuan kami hampir tamat pada kali ini apabila aku meminta diri kerana aku masih belum solat asar. Dan sesuatu yg tak disangka-sangka telah berlaku.

" Lan, kau ada duit tak? Kau bayar dulu harga Cappuccino dengan kentang goreng kita ni. Wallet aku tertinggal kat rumahlah."

Aku tersenyum sinis memandang Suzana yang mukanya sudah setebal lima inci. MErah padam kerana malu. Dan, berbekalkan wang yang baru aku terima hasil tulisanku di ruangan Mahasiswa Menulis di KOSMO! sebulan yang lalu, aku membayar harga makanan kami berdua. Harap-harap Suzana akan mengerti bahawa duit yang aku peroleh melalui penulisan ini telah merobohkan tembok keegoannya hari ini..

Suzana, harap-harap suatu hari nanti kau bisa mengerti betapa dalamnya cintaku pada dunia sastera ini...

7 comments:

hani salwah yaakup said...

Salam Lan,

Aduhai masyarakat kita sekarang suka sangat "judge the book by its cover". Baca dulu kemudian barulah mengadili sama ada sastera boleh atau tidak menyumbang sesuatu dalam diri.

Tapi,tak kisahlah Lan. Asalkan niat kita menulis, isi dan cerita yang kita sampaikan bertujuan untuk membawa kebaikan dan ilmu pada orang lain, pedulikan segala kata-kata orang...Kalau orang tak mau baca pun biarlah Tuhan je yang membalas kebaikan itu pada kita...

Anonymous said...

thanks kak honey. hm, tu la pasal. sekarang mungkin minah tu dah malu gile dah...

Anonymous said...

Jadikan kisah dgn Minah ni satu bentuk penulisan ironi.Buatlah cerpen kaw-kaw punya!

Berkongsi satu kes-seorang ustaz yg ikhlas berdakwah di satu tempat di selangor (kawasan analah tu) telah mencuit sedikit kisah hudud.Ini telah menyebabkan orang2(balaci2 lebih tepat) 'kerajaan' telah menegur ustaz tadi.''Kita pelbagai kaum di sini.Kalau boleh ustaz jgn sebut pasal hudud ya!''

Nak dijadikan cerita,waktu salah seorang balaci tadi turun dari surau setelah 'membambu' si ustaz, dia terkejut badak. Motornya hilang.Lalu dia cakap ''Isyhh,siapa yg curi motor aku ni?Kalau aku dapat,aku potong-potong tangan dia!''

Jawab si ustaz ''Itu hududlah tu!''
Kwang kwang kwang!

Jadi org sastera susah nak kaya.Tapi jika terus ikhlas menulis,banyak urusan dipermudahkan Tuhan.InsyaAllah.Akak pun contohnya,nak masuk U senang coz NC kenal mak dan tahu kita ada latar belakang ASWARA.Masuk kerja di FPP pun sebab dekan percaya dgn bakat dan pengalaman kita,bukan kita punya CGPA 4 flat tu.Budak-budak sekarang tak belajar bahasa,pasal tu makin tak reti bahasa!

Ada seorang mantan pemimpin (teka siapa) yg berkata,orang Melayu kalau nak maju jangan ambil soft skills macam agama,bahasa,sastera atau pengajian sosial.Ambil mat,sains,aeroangkasa,engineering...Tak sedih ke seorang pemimpin bangsa(t) cakap macam tu!

Anonymous said...

thanks..em, tang menteri tu tak tau saper...huhu..

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Saya secara kebetulan ingin berkongsi karya saya, untuk tatapan saudara serta para peminat:
http://isminailofar.wordpress.com/2008/07/08/cerpen-mencabik-mendung-di-langit-kelabu/

Anonymous said...

lan,
em part dikatakn sastera ni bosan ceritanya & berbelit2, itu hak, gaya penceritaan seseorang penulis. jadi kenapa perlu dikekang?atas kertas pun kita mahu dipandu dikawal, semata2 nak memenuhi selera orang yang belum tentu tahu menghargai karya tersebut. hai....


sabar ye lan....mungkin kawan lan belum ditakdirkan untuk faham dunia ni.hehe. doa2kan suatu hari nanti lebih ramai buka mata mereka

Hillary Boyle said...

Thanks great bllog