Tuesday, November 18, 2008

MEMPERINGATI 2 LEGENDA YANG TELAH PERGI:KEBIJAKSANAAN USMAN AWANG DAN KEAGUNGAN SHAKESPEARE

>
10 hari lagi, genaplah 7 tahun Sasterawan Negara Datuk Usman Awang meninggalkan kita. Dan apabila memperkatakan nama Sasterawan Negara Datuk Usman Awang dalam konteks kesementaraan, nama, kejujuran dalam karya dan jasanya terhadap perkembangan sastera, curahan gagasan pemikiran yang bersifat humanistik demi membina entiti jati diri bangsa secara harmonis, dan segalanya cukup menarik untuk diperkatakan. Pemergiannya pada 29 November 2001 bukan sekadar meninggalkan nama tetapi jasa dan segudang idealisme untuk segenap anak bangsanya.

Almarhum Usman Awang

Memperkatakan tentang Datuk Usman Awang, aku terdorong untuk membandingkan almarhum dengan sasterawan agung Inggeris berstatus legenda, William Shakespeare. Dalam satu esei yang pernah saya temui dalam buku The Bedford Companion To Shakespearetulisan Russ Mc Donald yang menulis riwayat hidup Shakespeare menyatakan bahawa Shakespeare pernah membuat satu analogi tentang kehidupan yang cukup menarik. Ia umpama alunan ombak yang menuju ke gigi pantai yang setiap detik akan melemah dan seterusnya menghilang. Semuanya akan bertukar tempat dengan alunan sebelumnya. Putaran dan perjalanan ombak menuju pantai tersebut akan terus silih berganti hingga ke akhir usia dunia.


Sasterawan Agung Inggeris, William Shakespeare


Bagi Shakespeare, manusia di muka bumi adalah sebahagian daripada sebuah proses perjalanan waktu yang kesemuanya akan berakhir dengan kematian. Oleh itu, dunia hanyalah sebuah pentas opera dan makhluk-makhluknya merupakan para pelakon.


The Bedford Companion To Shakespeare karya Russ McDonald

Proses perjalanan waktu meletakkan manusia dalam satu kemustahilan. Sebagaimana ungkapan Shakespeare, kita tidak mungkin membalik waktu yang tidak hanya
berlaku untuk makhluk-makhluk hidup. Manusia itu sendiri bagi pemikir Perancis, Michel Foucault dalam tulisannya pada 1966, manusia hanyalah penemuan sementara dan akan musnah seperti wajah yang dilukiskan pada permukaan pasir.


Masyarakat Melayu melontarkan perumpamaan yang cukup berkesan tentang hakikat ini; harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Pengertian nama itu sendiri ada sebuah filosofi tentang jasa, sikap, idealisme dan apa sahaja yang dilakukan semasa hidupnya.

Kedua-dua analogi ini aku temukan dalam jiwa kedua-dua tokoh ini yang secara liskalnya memilki falsafah kesusasteraan yang sama, meski bertembung dek beza latar dan budaya.
Karya-karya sastera Datuk Usman Awang dalam genre puisi, cerpen, novel dan semestinya drama begitu padat dengan idealisme yang dalam konteks falsafahnya
memperkatakan banyak aspek bermula isu estetika hingga persoalan nasionalisme, patriotisme dan humanisme yang secara tidak langsung mencerminkan segala gugahan rasa, pemerhatian, sensitiviti serta hasrat almarhum untuk menyuluh cahaya benderang kepada anak bangsanya.

Idealisme tersebut disampaikan dengan simbol-simbol bahasa yang begitu kuat dan berani. Misalnya, dalam cerpen Rimbaku, Airmata dan Harga Hidup, Almarhum
mengkritik tentang masyarakat dan pemimpinnya secara sinis, tetapi masih mengekalkan norma-orma yang melambangkan kebijaksanaan orang Melayu dalam menyusun kata dan aksara,walau sepedih mana bicara hati sekeping tetap perlu dijaga kerana pastinya akan ada yang terasa.

Oleh itu, harapanku semoga ada usaha yang dilakukan oleh badan-badan tertentu (mungkin juga badan korporat yang biasanya mengadakan aktiviti dinner di hotel-hotel besar) supaya ,mengadakan majlis tahlil untuk almarhun Datuk Usman Awang. Usaha kecil sebegini besar rahmatnya kelak, kerana ia adalah salah satu cara untuk kita mengenang almarhum sebagai seorang sasterawan rakyat, penyair, seniman, pujangga, serta penyihir kata yang banyak melaburkan keringatnya untuk membina sebuah empayar peradaban bangsa. Al-Fatihah...

4 comments:

Anonymous said...

aku sedang menyiapkan skrip teater inggeris tribute to syed alwi the musical.insyaallah akan dipentaskan bulan september tahun depan sempena bulan kemerdekaan di kl pac.jemputla datang.

khalifah said...

caya lah.. memang mantap...

hehe

moga semua sihat n ceria dalam keberkatanya.. amin3x

selamat hari raya semua team..

mai lah lawat blog yang x seberapa ni:

Anggaplah ini sebagai SEBUAH LANGKAH baru & PELUANG baru untuk anda menjadi SELANGKAH lebih HEBAT
renungan bersama:

"Anggap usaha anda dalam mencapai matlamat adalah satu perjalanan mencari ilmu. Setiap rintangan yang anda temui walaupun sekecil manapun akan memperbaiki diri anda untuk rintangan-rintangan yang lebih besar di masa hadapan"

ikhlas dr.khalifah
http://fendicenter.blogspot.com

JUTAWAN EBAY
http://jutawanebay.blogspot.com

Kamariah Kamarudin said...

salam Zulfazlan
mudah-mudahan dalam rahmat dan kasih sayang Allah sepanjang masa. untuk pengetahuan, januari nanti FBMK akan mengadakan seminar memperingati allahyarham Dharmawijaya pula setelah berjaya melaksanakan seminar usman awang ogos lalu. Sudi-sudilah bertandang dan menyertai seminar tersebut. Terima kasih.

Azhar Salleh said...

Salam, saudara Zulfazlan. Cikgu sentiasa mendoakan kesejahteraan Zul. Masih ingatkah lagi kepada cikgu? Harap-harap teruslah berkarya kerana Zul berada di landasan terbaik untuk menggapai gemawan kejayaan dlm bidang ini. Cikgu sentiasa menunggu karya terbaharu daripada Zul. Jumpa lagi...
Cikgu Azhar, JB.
http://witra.blogspot.com