Wednesday, November 11, 2009

KENAPA SMS? KERANA PANGGILAN TELEFON TERLALU PANTAS!



Pada 6 hingga 11 November lalu, saya pulang ke kampung. Selain membawa satu beg besar yang penuh dengan nota-nota kuliah dari semester 1 dan majalah Dewan Sastera, saya pulang juga kerana mahu bersua dengan kakak saya yang akan terbang ke Jepun 14 November ini. Saat inilah saya meluangkan banyak masa untuknya, kerana selepas ini sudah pasti saya akan merindui dirinya dan semestinya anak saudara saya yang baru berusia 5 bulan. Sesekali pulang ke kampung begini, sebolehnya saya lebih gemar berenggang dengan telefon bimbit kerana aktiviti harian saya akan dipenuhi dengan berkebun, menjaga pokok anggur yang sudah mulai berbuah di halaman rumah saya, merumput rumput karpet yang sudah hampir memenuhi seluruh halaman rumah saya, bergasak tentang topik yang bersangkutan dengan politik dengan ayah,atau lebih gemar membantu anak saudara saya mengulangkaji pelajaran mereka.

Sering sahaja saya menerima beberapa kiriman SMs daripada teman-teman yang barangkali masih di universiti, dan selalunya saya sering lewat membalasnya. Ada yang menyumpah geram, menyindir yang saya terlalu sayangkan kredit kerana saya selalunya membalas ‘panggilan yang tidak dijawab’ mereka dengan hanya kiriman SMS yang ringkas.

Saya lebih gemar berSMS berbanding membuat panggilan. Selain jimat dan ringkas, barangkali saya menggemarinya kerana ia adalah rangkaian kata-kata tanpa suara dan nada, yang secara subjektifnya menggambarkan isi hati si pengirim. Bukan sedikit teman-teman yang mengatakan saya ‘kedekut kredit’, tetapi beginilah saya, lebih gemar berSMS berbanding bercakap di dalam talian kerana pada saya perbualan di telefon terlalu pantas! Kita tidak dapat menyelami setiap kata-katanya.

Membicarakan hal ini, saya teringat satu dialog The Joker di dalam sebuah filem Hollywood bertajuk The Dark Knight yang sudah lebih sepuluh kali saya tonton. “ Do you want to know why i use a knife? Guns are too quick. You can’t savour all the little emotion” . adakah kamu ingin tahu kenapa saya menggunakan pisau? Pistol terlalu pantas. Kamu tidak boleh merasai kesemua emosinya. Begitu juga dengan saya. Kenapa saya lebih suka ber SMs? Kerana panggilan telefon terlalu pantas. Kamu tidak akan dapat merasai kesemua perasaan yang ingin disampaikan. Dengan kata-kata, kita akan dapat menyelami makna dan kejujuran, tetapi dengan butir-butir percakapan, kita hanya akan dapat mendengar bunyi yang ingin disampaikan.

2 comments:

FARAHNYEMAHMULYA said...

sms yang terbaik
panggilan tak best..
hahah org kate kedekut kredit takpe
ni kalau mcm cik farahana ni
orang call tak angkat..mau tak mengamuk..
kalau my bestfriend dia akan cakap
"woi angkat la ni duit aku ni, bukan duit kau."
"sayang kredit kau jugak.."
hahaha agaknye penulis memg gitu kot..

WaRKaH CiNTa said...

cik farahana, saya pun pernah mengalami situasi yang sama. dengan bestfriend juga. kebanyakan masanya kerana saya agak sibuk dan bimbang tidak dapat menyelami perbualan dengan setulus hati.tapi kalau sememangnya free saya akan menjawab panggilan bestfriend saya itu dan akan mendengar leteran yang berbunyi lebih kurang seperti kata-kata bestfriend cik farahana juga.tapi apa maksud penulis memang begitu kot?
HIDUP SMS!!