Tuesday, April 15, 2008

SESUATU UKURAN

Kamar Nilam Fansuri - Menjadi medan yang memugar perkebunan ilham ini





Maaf kerana agak lama tidak menulis di blog ini. Barangkali juga kerana 'demam' peperiksaan yang melanda pelajar-pelajar di universiti menjadi penyebab mengapa masa untuk aku meluangkan masa menulis di blog ini agak terbatas.

Kadangkala, letih juga bila minggu peperiksaan menjelang tiba. Waktu beginilah manusia menjadi hipokrit dengan pelbagai rutin yang jauh dari kebiasaan. Waktu beginilah lampu-lampu di hostel terang benderang hingga ke pagi, dan melihat penampilan pelajar yg jauh lebih kemas dan bergaya melangkah ke dalam dewan peperiksaan juga satu perkara yg hanya dilihat menjelang musim peperiksaan ini.

Aku tidak terkecuali untuk bergelumang dalam senario ini. Namun, jauh di sudut hati, secara peribadi aku cukup jelak dengan sistem peperiksaan yg telah berjaya memecah belahkan bangsa dengan mengasingkan mereka mengikut satu ukuran yg dibuat oleh manusia. Kehebatan seseorang itu diukur dengan sejauh mana kehebatan mereka memuntahkan kembali segala macam nota dan maklumat dengan menghitamkan bulatan-bulatan di atas sekeping kertas.

Barangkali akan ada yang menganggap telahanku ini agak keterlaluan, tetapi percayalah bahawa kita sudah jauh ketinggalan dengan sistem peperiksaan yang serba konvensional ini. Akhir kata, SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN...

5 comments:

Anonymous said...

Salam... bang boleh send tak alamat2 yang abang bagi ari tu...
akwan87@yahoo.com

Anonymous said...

wah Lan, ktne bilik Nilam Fansuri ni..canteknye...memg beri inspirasi... :)

Anonymous said...

DEKAT UMAH KITE LA IKA...HU..HU..CANTIK?BERSEPAH ADA LA.SEMUA BUKU...BUKU..BUKU...DAN BUKU...

Korakora said...

Biar bersepah dengan buku, jangan bersepah dengan tukun (baca: baju yg tak dibasuh)

Anonymous said...

hang masuk universiti bukan melalui tindkan menghitamkan jawapan ke???