Thursday, January 8, 2009

APABILA SEMUA ORANG BERSUARA, TANPA BERBUAT APA-APA.

Saban hari, kita diberitakan dengan berita-berita kekejaman kaumYahudi laknatullah di dada-dada akhbar dan media massa. Boleh dikatakan hampir setiap masa, perkara ini bicarakan, baik di kedai-kedai mamak (sekarang ramai yg berselera makan di kedai mamak), atau di mana-mana juga. di kampus, hostel, tepi jalan, pasar, atau makcik-mak cik yang kebiasaannya mengumpat sambil sidai baju juga tidak terkecuali membicarakan topik yg sama.




Aku juga begitu. dalam kepadatan wwaktu yg menggari dan merantai (semester ini saja aku ada 2 projek teater yg perlu dilunaskan di samping tugasan penyelidikan pendidikan) , aku juga tidak ketinggalan daripada membicarakan topik yg sama. sana sini orang asyik bercerita tentang kekejaman Israel. Selalunya, aku menghabiskan banyak masa dengan rakan sekuliahku Nazrin dan kami akan membicarakan topik ini dengan kemarahan yg meluap-luap.

Namun, sejauh manakah keupayaan kami yg berstatus pelajar universiti ini mampu mengubah iklim ini? tanpa kuasa dan sekutu yg selayaknya, masakan kami bisa membantu ratusan ribu mangsa di bumi bergolak sana?



Gagasan yang aku ingin sampaikan dalam entri kali ini adalah di manakah fungsi Malaysia sebagai anggota PBB dan OIC? Apalah gunanya bersidang di tempat persidangan mewah saban tahun, tetapi peranan badan dan persatuan lari daripada matlamat asal penubuhan? Inilah kebimbangan yg semakin dikhuatiri. Apabila kuasa diberikan kepada seseorang manusia, dan mereka menyalahgunakannya tanpa merasa apa-apa. Andai setakat bantuan makanan dan perubatan saja, itu tidak memadai. seandainya kita perlu menghantar rejim dan bantuan ketenteraan untuk melawan Yahudi, maka kenapa tidak usaha ini diteruskan.

Apalah ertinya membelanjakan berbilion Dollar dan ringgit untuk membeli peralatan perang, tetapi kita tidak menggunakannya untuk membantu saudara seislam kita. Tepuk dada tanya selera. Andai suatu hari nanti 'di sana' kita ditanya mengapakah tidak berjihad untuk membantu saudara seislam kita, maka saat itu apalah agaknya jawapan kita?

Apabila semua orang bersuara tanpa berbuat apa-apa, maka apakah perlunya kita memberikan seseorang itu kuasa?

3 comments:

Anonymous said...

Saya teringat kata Pak Samad; nyata kini untuk melawan tirani, bahasanya hanya api. Saudara telah menghantar mesej jelas dalam satu tulisan yang berang dan menyala!

Anonymous said...

Saya tak pelik langsung dengan OIC. Yang jadi kepala-kepala di negara anggota ada kepentingan masing-masing dan pegangan politik mereka juga tak sama.

Yang diserang ialah Gaza yang diperintah Hamas, bukan Tebing Barat yang diperintah Fatah. Kenapa? Kenapa Hosni Mubarak bertindak bangang dengan tidak membuka sempadan? Hamas ada kaitan dengan Ikhwan Muslimun (IM)yang diasaskan oleh Hasan al-Banna di Mesir. IM adalah musuh kepada pemerintah negara-negara Arab yang sekular. Hosni Mubarak memusuhi IM. Takkanlah dia nak tolong Hamas. Menolong Hamas bererti memberi oksigen kepada musuh.

Negara-negara Arab lain? Mereka macam tu juga. IM ada merata-rata di dunia, tapi menggunakan nama berbeza-beza, termasuk di Malaysia. Musuh-musuh IM tak akan benarkan IM mencapai matlamatnya - menegakkan Islam secara total di seluruh dunia.

Sebab itu, saya berasa pelik tentang perangai Israel seminggu dua ni.

-zamzuri

Anonymous said...

pemebtulan:

Sebab itu, saya TAK berasa pelik dengan perangai Israel seminggu dua ni.

-zamzuri