Saturday, August 29, 2009
SESEKALI PULANG KE KAMPUNG
SESEKALI PULANG KE KAMPUNG
Ssekali pulang ke kampung
akulah tualang yang mengusung
riuh dalam sepi dan permai kampung
saat rindu ini tidak lagi tertanggung
harapan keluarga tidak lagi terhitung
rintih kalbuku tidak lagi bisa berbohong.
Sesekali pulang ke kampung
nun jauh permatang sepi kurenung
redup mata ayah kutenung
kudus dakap bonda disusuli raung
suara kakak yang sakit kerongkong
memerikan abang yang kini berpoket kosong
dek helai ringgit yang terapung
dan kisah teman yang menggadai pekung-
semuanya tergabung
di pertemuan manis berempah murung.
Sesekali pulang ke mari
ada bauran rasa di diri
antara jeda ketenangan tak terperi
dan suntuk waktu kejap menggari.
ZULFAZLAN JUMRAH
Kuala Lumpur-Ayer Keroh-Johor Bahru
28 OGOS 2009
7 RAMADHAN 1430 H
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Sdra. Zulfazlan,
Terima kasih atas kiriman puisi-puisi bertemakan GL ke e-mel saya itu. Walaupun Sdra. tidak ke sana (mungkin kerana PPJ terlupa... maafkan ya...) tapi komitmen sumbangan Sdra. itu sungguh bermakna dan beerti.
lan best sajak ko ni..huhu sedih aku tak dapat balik kampung....
Post a Comment