Tuesday, November 18, 2008

MEMPERINGATI 2 LEGENDA YANG TELAH PERGI:KEBIJAKSANAAN USMAN AWANG DAN KEAGUNGAN SHAKESPEARE

>
10 hari lagi, genaplah 7 tahun Sasterawan Negara Datuk Usman Awang meninggalkan kita. Dan apabila memperkatakan nama Sasterawan Negara Datuk Usman Awang dalam konteks kesementaraan, nama, kejujuran dalam karya dan jasanya terhadap perkembangan sastera, curahan gagasan pemikiran yang bersifat humanistik demi membina entiti jati diri bangsa secara harmonis, dan segalanya cukup menarik untuk diperkatakan. Pemergiannya pada 29 November 2001 bukan sekadar meninggalkan nama tetapi jasa dan segudang idealisme untuk segenap anak bangsanya.

Almarhum Usman Awang

Memperkatakan tentang Datuk Usman Awang, aku terdorong untuk membandingkan almarhum dengan sasterawan agung Inggeris berstatus legenda, William Shakespeare. Dalam satu esei yang pernah saya temui dalam buku The Bedford Companion To Shakespearetulisan Russ Mc Donald yang menulis riwayat hidup Shakespeare menyatakan bahawa Shakespeare pernah membuat satu analogi tentang kehidupan yang cukup menarik. Ia umpama alunan ombak yang menuju ke gigi pantai yang setiap detik akan melemah dan seterusnya menghilang. Semuanya akan bertukar tempat dengan alunan sebelumnya. Putaran dan perjalanan ombak menuju pantai tersebut akan terus silih berganti hingga ke akhir usia dunia.


Sasterawan Agung Inggeris, William Shakespeare


Bagi Shakespeare, manusia di muka bumi adalah sebahagian daripada sebuah proses perjalanan waktu yang kesemuanya akan berakhir dengan kematian. Oleh itu, dunia hanyalah sebuah pentas opera dan makhluk-makhluknya merupakan para pelakon.


The Bedford Companion To Shakespeare karya Russ McDonald

Proses perjalanan waktu meletakkan manusia dalam satu kemustahilan. Sebagaimana ungkapan Shakespeare, kita tidak mungkin membalik waktu yang tidak hanya
berlaku untuk makhluk-makhluk hidup. Manusia itu sendiri bagi pemikir Perancis, Michel Foucault dalam tulisannya pada 1966, manusia hanyalah penemuan sementara dan akan musnah seperti wajah yang dilukiskan pada permukaan pasir.


Masyarakat Melayu melontarkan perumpamaan yang cukup berkesan tentang hakikat ini; harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Pengertian nama itu sendiri ada sebuah filosofi tentang jasa, sikap, idealisme dan apa sahaja yang dilakukan semasa hidupnya.

Kedua-dua analogi ini aku temukan dalam jiwa kedua-dua tokoh ini yang secara liskalnya memilki falsafah kesusasteraan yang sama, meski bertembung dek beza latar dan budaya.
Karya-karya sastera Datuk Usman Awang dalam genre puisi, cerpen, novel dan semestinya drama begitu padat dengan idealisme yang dalam konteks falsafahnya
memperkatakan banyak aspek bermula isu estetika hingga persoalan nasionalisme, patriotisme dan humanisme yang secara tidak langsung mencerminkan segala gugahan rasa, pemerhatian, sensitiviti serta hasrat almarhum untuk menyuluh cahaya benderang kepada anak bangsanya.

Idealisme tersebut disampaikan dengan simbol-simbol bahasa yang begitu kuat dan berani. Misalnya, dalam cerpen Rimbaku, Airmata dan Harga Hidup, Almarhum
mengkritik tentang masyarakat dan pemimpinnya secara sinis, tetapi masih mengekalkan norma-orma yang melambangkan kebijaksanaan orang Melayu dalam menyusun kata dan aksara,walau sepedih mana bicara hati sekeping tetap perlu dijaga kerana pastinya akan ada yang terasa.

Oleh itu, harapanku semoga ada usaha yang dilakukan oleh badan-badan tertentu (mungkin juga badan korporat yang biasanya mengadakan aktiviti dinner di hotel-hotel besar) supaya ,mengadakan majlis tahlil untuk almarhun Datuk Usman Awang. Usaha kecil sebegini besar rahmatnya kelak, kerana ia adalah salah satu cara untuk kita mengenang almarhum sebagai seorang sasterawan rakyat, penyair, seniman, pujangga, serta penyihir kata yang banyak melaburkan keringatnya untuk membina sebuah empayar peradaban bangsa. Al-Fatihah...

Monday, November 3, 2008

SAMEER, PUJANGGA DARI BUMI TIKRIT


(Aku dan Sameer)

Dalam beberapa puisiku, aku pernah mendedikasikan puisi itu kepada seorang kenalanku yang bernama Sameer. Dan dalam dedikasi itu, aku menyatakan, 'buat Sameer di bumi Tikrit'.

Ada beberapa orang rakanku yang mengatakan bahawa Sameer hanyalah watak rekaan dan nama yang tidak wujud dalam hidupku. Kata mereka, nama Sameer hanyalah sebagai penyedap bentuk puisi kerana dari situ akan memperlihatkan bahawa aku mempunyai rakan yang datang dari Iraq.

Namun, dalam entri kali ini, aku ingin mendedahkan, siapa dia Sameer. Sameer atau nama penuhnya Sameer Shakir Ahmed Ali merupakan seorang pelajar yang menuntut di Universiti Malaya. Perkenalan kami sudah masuk usia dua tahun, dan aku sangat gembira kerana mempunyai seorang rakan sepertinya. Sangat terbuka, meminati bidang sastera, fasih berbahasa Melayu walaupun mempunyai pemikiran yang agak liberal.

Sameer berasal dari Tikrit, Iraq, dan sudah dua tahun menetap di sini sebagai seorang pelajar di UM.


(Husna- Malaysia,Oew Saw-Vietnam, Sameer-Malaysia(rakyat Iraq),Naoo Palm-Thailand)

Baru-baru ini, kami sempat mengikuti satu program Global Peace Festival anjuran satu badan bukan kerajaan (NGO) di Kampung Kerinchi. Dan dikesempatan inilah aku merakamkan detik-detik ketika kami sedang mengecat sebuah rumah flat. Program ini turut disertai oleh beberapa pelajar dari universiti-universiti seluruh ASEAN seperti Malaysia,Thailand, Indonesia, Vietnam, Kemboja, Myanmar dan Singapura.

Sedikit yang menarik tentang Sameer,beliau sangat meminati bidang kesusasteraan dan kini beliau sedang menyiapkan sebuah novel tentang penderitaan rakyat Iraq ketika peperangan berdasarkan pengalamannya sendiri yang menjadi salah seorang mangsa peperangan di bumi Tikrit, Iraq.


SESUDAH TEDUH HUJAN PERANG, SAUDARA
(buat Sameer, di Bumi Tikrit)

Peperangan itu masih basah
meski hujan derita
kian renyai meluruh
dari sedahan malam yang rontok.

Sesudah teduh hujan perang ini, saudara
bumimu kontang ditimpa gerimis tingkah
dalam deru bayu basah
yang jatuh dari awan amanah
menderai ke hujung sebuah lembah
pengalaman jihad yang bergunung payah.

Sesudah teduh, saudara
hujan ini mungkin
akan turun sekali lagi
tanpa kita punya pohon
dan daun
untuk berteduh di gurun sengketa ini.

ZULFAZLAN JUMRAH
FBMK, Universiti Putra Malaysia.

Monday, October 20, 2008

KEDINGINAN TEH TARIK DALAM KEHANGATAN PESTA KONVOKESYEN



Semalam, setelah otakku tepu menelaah nota subjek Teknologi Pendidikan, aku lantas menapak ke Dewan Besar untuk sama-sama meraikan seorang rakanku, Kimi yang baru saja selesai berkonvokesyen. Kedatangan aku dan Sabtu, sebenarnya lebih kepada tujuan sokongan moral, kerana Kimi merupakan senior di blokku dan antara insan yang banyak mengambil berat tentang pelajaran, tugasku di kolej dan universiti, dan lebih-lebih lagi dunia penulisanku. Malah, Kimi antara orang terawal yang akan mengkritik setiap karyaku sama ada di majalah atau akhbar. Pernah satu ketika, cerpenku yang bertajuk 'Warkah Melankolik Dari Melbourne' dikritik teruk kerana padanya cerita itu biasa dan tidak sehebat cerpen-cerpenku yang sebelum ini.

Selesai sesi konvokesyen, kami bertiga melepak sambil meminum teh tarik di gerai-gerai yang banyak didirikaan di sekitar tapak ekspo. Setelah teh yang kami pesan sampai, perbualan kami terarah untuk berbincang tentang topik yang relevan.

" Lepas ni, mesti dah susah nak melepak macam ni kan?" tanyaku kepada Kimi.
" Kenapa pulak?" Tanya Kimi.
" Yalah. Kau dah nak posting ke Sabah. Lepas ni dah susah nak datang ke UPM. Apatah lagi nak melawat FPP, Kolej, lagilah susah. Kalau balik pun, kau mesti balik Kelantan kan?" dugaku.
" Ya, kalau ikutkan memang macam tu la. Aku dah makin susah nak balik ke sini. Lepas ni, tugas aku lebih berat. Kau tahu je la. Sabah tu bukan dekat. Nak balik sekali setahun pun susah." balas Kimi.

Aku mengangguk. Benar, tugasnya lepas ini lebih berat. Tapi, dengan kredibilitinya, aku percaya yang dia mampu melakukannya, sekurang-kurangnya dia mempunyai karisma yang sangat diperlukan oleh seorang guru.

Teh tarik yang kami pesan masih belum terusik. Agak sedikit dingin, kerana cuaca agak mendung ketika ini. Barangkali lima hingga sepuluh minit nanti hujan akan turun. Renyai gerimis sudah mula meluruh dalam dingin petang yang kian mencengkam, namun masih dipeluk kehangatan konvokesyen yang riuh.

" Tapi Lan, kau tak pelik ke. Kadang-kadang, budak yang score pointer bagus, belum tentu dapat jadi cikgu yang bagus. Belum tentu dapat pikul amanah yang diberi tu. Tak ada jiwa sebagai seorang pendidik. Seorang pendidik itu dilahirkan memang untuk menjadi seorang pendidik. Bukan dibikin daripada satu program selama empat tahun. Program empat tahun ni sebagai latihan saja. Untuk memantapkan jiwa, roh dan jasad untuk menjadi seorang pendidik anak bangsa."

Aku terkesima mendengar kenyataannya. Benar, seorang pemimpin itu dilahirkan dengan jiwa, roh dan jasad. Sudahnya, seusai perbincangan kami itu, teh tarik yang kami pesan telah dingin, tanpa sempat kami menghirupnya.

Saturday, September 20, 2008

JIWA YANG MERUSUH

Semalam aku sempat berjalan-jalan sekitar Jalan Masjid India dan Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) untuk meninjau-ninjau gelagat warga kota bagi menyambut kedatangan Syawal yang akan tiba. Niatku memang begitu. Berjalan dari Plaza Kota Raya, melewati bangunan Maybank, sehinggalah sampai di Jalan MAsjid India dan Jalan TAR.

Sejujurnya, aku gemarkan suasana begini. Sedikit bising, mewah dengan gelagat ribuan manusia yang membeli belah, suasana tawar menawar, dan semuanya terbancuh menjadi rencaman perasaan yang berbaur.



Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.


Suasana 'urban' begini memang aku gemari. Bukan sekadar ia menggugah ilhamku yang sudah lama menghilang, tetapi aku turut terangsang untuk menulis puisi semula. Percaya atau tidak, sudah hampir sebulan aku tidak menulis walau sebaris puisi atau seperenggan draf cerpen.

Hati dan jiwaku merusuh. Perasaanku dihempap rasa yang letih meruntuh. Dan segalanya berlaga dalam bancuhan perasaan yang gaduh.

Aku sendiri tercari-cari, apakah yang mencetuskan segala rusuh! Barangkali sewaktu menatap lukisan politik tanah air yang berserabut, atau merajuk dengan keletah dan sikap sesetengah 'sasterawan' yang membuatkan aku mengeluh, atau mungkin juga aku resah menghitung detik jantung pada daun kehidupan yang kian meluruh.

Jiwaku kini merusuh, dengan aneka rasa yang sangat menggugah. Dan selalunya ia menerbitkan sejuta cemas yang resah dan gundah!


MENYERU LARA YANG RUSUH
(Farhana, yang telah memintaku memilihkan sehelai selendang sutera)


Angin ini bukan angin kota
yang menderu bertiupan sejuta
rasa rindu dan sejahtera.

Angin ini angin lara
yang merusuh dalam pakaian peribadi kita
telah kau tukarkan menjadi selendang sutera
tersalut pada dabik dada
tampangnya hingga ke bawah rasa
bertiupan liuk dalam kibar jiwa.

Aku menyeru segala rasa yang merusuh
pada segaris lukisan sejarah yang rapuh
tercampak di dasar sungai kuasa yang keruh
dan hanyut ke hujung muara yang jauh.



Jalan Masjid India,
Kuala Lumpur.

Friday, September 12, 2008

POSKAD MELANKOLIK KE BANGKOK




Semalam aku baru sahaja mengepos tiga keping poskad ke Bangkok atas permintaan sahabat baruku, Sam yang belajar di Walailak University, Songkhla. Sam meminta aku mengirimkan tiga keping poskad itu kepada ayahnya di Bangkok yang bertugas sebagai seorang pensyarah ekonomi di sana.


Aku sangat teruja, kerana gadis manis itu tidak sudah-sudah memuji Malaysia, yang disifatkannya sebagai sebuah negara yang aman dan satu kepelikan baginya yang baru pertama kali menjejakkan kaki di Kuala Lumpur ialah apabila melihat keghairahan dan kehebatan semangat patriotik rakyat Malaysia yang memasang bendera di sana sini.

Namun, aku lekas mengatakan kepada Sam bahawa hal ini kerana Malaysia sedang berada di ambang sambutan Hari Kemerekaan yang ke-51 pada tahun ini. Maka, tidak hairanlah melihat fenomena menyepahkan bendera menjadi satu panorama hipokrit di sini.

Sam bagaimana pun menyatakan kekagumannya, kerana Thailand adalah sebuah negara yang tidak pernah mengecapi nikmat kemerdekaan kerana sejak di tingkatan 3 lagi aku sudah belajar bahawa Thailand adalah sebuah negara yang tidak pernah dijajah oleh negara luar, ketika kegemilangan dinasti Raja Chulalongkorn, yang meneruskan tradisi gemilang negara Gajah Putih ini pada era kemasyhuran Raja Mongkut.





Berbalik kisah poskad tadi, aku memang tidak memahami sepatah haram pun apa yang dituliskan oleh Sam, kerana selain tidak faham tulisan Siamnya, segala maklumat yang terkandung di dalam poskad itu dirahsiakan oleh Sam. Tetapi, aku mengambil keputusan untuk bertanya kepada rakanku Sa-ma-el dan Ing yang memahami bahasa Thai tentang isi kandungan poskad itu.

Menurut Ing, poskad pertama Sam menyatakan tentang kekagumannya terhadap Malaysia sebagai sebuah negara yg aman
(padaku ini satu tanggapan klise sejak berpuluh tahun yg lalu)

Poskad keduanya, Sam menyatakan betapa bertuahnya dia mengenali rakan sepertiku (namaku ditulis dalam tulisan Siam, jadi aku memang tak tahu!) yang begitu baik (dia yg tulis ya) dan peramah.

Poskad ketiga pula antara kandungannya ialah dia menyatakan bahawa dia sudah mulai jatuh cinta dengan bahasa Melayu dan berhasrat dapat melanjutkan pelajarannya ke sini untuk belajar bahasa Melayu.

Nah, poskad ketiga inilah yg benar-benar menggugah rasa syahduku. Betapa seorang gadis (cantik pula tu) yang tidak pernah belajar bahasa Melayu, tetapi sudah boleh jatuh cinta terhadap bahasa Melayu ini walau baru seminggu 'berkenalan' dengan bahasa ini.Inilah yg cukup mengesankan!Sedangkan kita yang selama ini dengan mendabik dada menggariskan akta itu dan ini dengan lantang menyatakan bahawa bahasa keempat teramai penuturnya di dunia ini sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, kita pula yang akhirnya meminggirkan bahasa kita itu sendiri.

Buat sesiapa yang barangkali dengan tak sengaja terbaca entri ini, cuba renungkan di manakah nilainya bahasa kita ini jika orang lain menyedari keistimewaan bahasa kita ini, tetapi kita masih lagi lena dibuai mimpi yang entah bila akan bisa membangkitkan tidur kita kembali!

Monday, September 8, 2008

MENULIS KERANA WANG?



Menulis memang boleh kaya, tetapi....

Baru-baru ini, aku sempat berbuka puasa dengan seorang rakanku, seorang pelajar UiTM Shah Alam di masjid Fasa II, Serdang. Sengaja kami memilih untuk berbuka di situ kerana yg pertamanya aku selesa dengan suasana meriah di situ kerana ramai penduduk setempat berbuka di situ termeasuk beberapa orang pelajar dari Afrika, Iran, Oman, Iraq dan MAghribi. Perkara ini secara tidak langsung mengeratkan hubungan silaturahim di bulan yg mulia ini.

Selalunya kami akan berbuka puasa, menunaikan solat maghrib, solat sunat, membawa ke solat isyak, solat tarawikh 8 rakaat sebelum mengakhirinya dengan witir 3 rakaat. Selepas itu, seperti biasa, akan ada 'moreh' juga untuk kami bersembang-sembang, berbicara tentang tsunami politik, kuliah, dan rutin seharian.

Peluang berborak sebegini ternyata membawa kami kepada satu topik yg takkan pernah lari daripada pertanyaan terhadap perkembangan dunia penulisanku.

" Macamana sekarang? Banyak menulis?Apa karya terbaru?" tanyanya
" Adalah tulis sikit-sikit. Tapi dah agak berkurangan kerana dah malas nak aktif sangat macam dulu. Nak berehat sekejap. Nak menyepikan diri. Lagi pun aku nak cuba-cuba buat novel lagi." kataku.
" Baguslah kalau macam tu. Em, Untung org macam kau. Boleh buat duit dengan menulis. MEsti kau kaya sekarang kan? Duit banyak. Ada la masyuk sikit. Boleh payung melancong ni. Rindu kenangan kita kat Kundasang dulu. Holiday ramai-ramai." kata rakanku tadi.

" Duit? Adalah dapat sikit-sikit. Tak kaya pun. Cuma untuk buat beli buku-buku atau tengok wayang bolehlah." jawabku sambil menyuakan pisang kapas yang ranum.
" Eleh...Aku dengar novel kau dah nak terbit. Ha, kayalah kau nanti. Boleh jadi macam Ahadiat Akashah. Boleh beli kereta. Ha, belanjalah aku nanti." katanya dengan senyum simpul.

" Hu..Hu...Tak boleh cakap lebih-lebih. Kena tunggu terbit dulu. Aku buat projek ni under lecturer aku. So, sekarang aku tunggu je bila novel tu nak terbit. Insyallah dalam tahun ni. KAlau laku, alhamdulilah. Kalau tak laku redha je la."

" Berapa banyak dia bagi down payment kat kau?"
" Adalah lebih kurang RM1***.**. Oklah tu. Bolehlah aku beli lap top. PC aku tu dah nazak beno dah.Asyik kelip-kelip je. Seksa aku dibuatnya. Tak boleh nak fokus menulis. Tapi dalam pada kelip-kelip tu, sempat jugak siap satu novel, 5 cerpen dan berpuluh sajak. Yelah, tu PC warisan akak aku. LAma punya model Windows ME. Rem pun 64MB je. Hu..hu.."

" Ala, oklah tu. Kan kau dah dapat duit. Hm,aku pun nak menulislah. Dapat jugak duit-duit tepi. Boleh belanja awek aku makan. Belikan di handphone baru. Mesti lepas tu dia akan sayang gile kat aku" katanya sambil disusuli ketawa yg berdekah-dekah.

Aku hanya berdiam diri. Kalaulah semua penulis seprti rakanku ini, apalah yg terjadi? Menulis kerana wang!Fungsi karya itu sendiri akan lari daripada landasannya sendiri iaitu sebagai wadah untuk manusia berfikir. Aku akui, habuan dan honorarium itu sangat penting, tetapi ada sesuatu yg lebih penting yg perlu difikirkan oleh penulis. APA NIAT ANDA MENULIS? Kalau niat mahu jadi kaya raya, silaka...tetapi anda bukanlah manusia yg diperlukan. Kalau niat ingin berkongsi pemikiran dengan orang lain, juga silakan. Dan anda adalah setulen-tulen sasterawan..

Tuesday, August 26, 2008

PERMULAAN SUATU PERUBAHAN

Lewat malam tadi, bertalu-talu SMS yang aku terima daripada rakan-rakanku yang memaklumkan kemenangan DSAI pada pilihan raya kecil Permatang Pauh malam tadi. Dengan majoriti undi hampir 60%, kememnangan inis emamangnya sudah dijangka kerana Permatang auh merupakan kubu kuat PKR sejak 1999 dan sememangnya sejak 1982 lagi tempat itu menjadi kerusi empuk bagi DSAI.

Aku bukanlah seseorang yang terlalu fanatik terhadap DSAI, tetapi beberapa gagasannya padaku amat bersesuaian dengan jiwa dan hatiku, lebih-lebih lagi hasratnya yang mahu mengembalikan kedaulatan bahasa ibunda ke tempat yang sepatutnya.
Padaku, perkara ini yang penting. Aku tak pernah terfikirkan soal kuasa, kemapanan ekonomi, atau kebijaksanaannya menarik pelabur asing ke negara ini, kerana padaku, selagi ada manusia, selagi itulah kuasa akan terus menjadi boneka kita. Bukankah kita sebenarnya diciptakan sebaik-baik makhluk dan nkerana itu kita mampu mempermainkan kuasa, atau dengan kuasa, kita bisa mempermainkan.

Hasratku cuma satu. Semoga dengan kembalinya Anwar ke Parlimen, kita akan dapat melihat perubahan dalam sistem dan taraf bahasa ibunda kita yang kian ditidakkan fungsinya oleh pihak berkuasa. Semoga dengan kembalinya Anwar ke parlimen, kita akan melihat satu perubahan yang bertitik tolqak dari satu permulaan yang payah, resah, dan diburu rengsa gelisah!

SAAT SEGALA HITAM MENJADI PUTIH

Saat warna biru menyuruhku membancuhnya
bersama merah menjadi ungu
aku tahu itu satu likatan helah
yang menjadikan mereka luntur
menjadi warna-warna lain yang kabur.

Hitam memintaku menjadikannya putih
dalam sebancuhan cangkir yang persih
kemudian kataku
"kau takkan menjadi putih
kerana kau hitam yang legam
manakan bisa putih
mampu meneggelam"

Hitam merajuk rasanya
lalu bermanjaan bertanya:
"Apa dibeza antara kita warna warna?
Bukankah kita akhirnya diperlukan pelukis
untuk mencatan sebingkai lukisan dan garis?"

ZULFAZLAN JUMRAH
Universiti Malaya,
27 Ogos 2008

Sunday, August 3, 2008

BUKAN HARI YANG INDAH


Sebanyak kira-kira 50 SMS yang aku terima sejak tepat jam 12 malam 4 Ogos tadi sehinggalah ketika aku mula menulis entri ini. Kebanyakannya daripada rakan-rakan di kolej, sekelas, dan beberapa rakan penulisku. Malah, di peti mel juga agak hebat. Aku menerima emel daripada beberapa rakanku di luar negara seperti Sameer (sedang bercuti di Singapura), Chynta di Jakarta dan beberapa rakanku di Prince of Songkhla Universiti. Terima kasih kalian kerana memaknakan hari lahirku ini dengan ucapan-ucapan yg indah sekali.




Aku kembali merenung ke dalam diri. Pada usia yg kian menajak 22 tahun ini, aku sedar bahawa kematangan kian meluru dalam setiap sendi diri. Ah, manakan begitu mudah untuk aku meninggalkan segala-galanya di usia remaja dan kanak-kanakku. Padaku, usia remaja dan kanak-kanak ialah waktu terindah dalam hidup. Tanyalah kepada sesiapa pun. Tapi bila kita semakin dewasa, kian pandai bergaul dgn masyarakat, dan terpaksa pula melibatkan diri dgn kepayahan dunia, ia bukanlah waktu yg baik untuk dikenang. Apa pun, semua itu cabaran dan dugaan. Bersempena hari lahirku yg ke-22 ini, aku tahu perjalananku semakin payah. Tuhan, andai kepayahan itu mendekatkan aku dengan-Mu, berikanlah kepayahan itu melebihi segala waktu dan kesenanganku di denai perjalanan ini. Zulfazlan Jumrah, 4 Ogos ini, bukanlah hari yg indah lagi buatmu. Masih banyak yg perlu kau renungi selalu!

Sunday, June 29, 2008

SECAWAN CAPPUCCINO DAN SEPIRING KENTANG GORENG DI OLD TASTE WHITE COFFEE

Bagai ada debaran yang tercipta pada petang tadi, sebaik pertemuan yang pada awalnya hanya dirancang 'main-main' oleh kami, tetapi akhirnya membawa kami kepada satu sesi pertemuan yang 'meriah' dengan aneka suara yang riuh rendah di Old Taste White Coffee.

Aku mengenali Suzana sejak kami sama-sama menjadi 'terejal' di sekolah teknik dulu. Kami sekelas, dan selama 2 tahun kami berada di sekolah teknik Batu Pahat, agak banyak kenangan yang sempat kami ciptakan bersama-sama apatah lagi dia merupakan salah seorang AJK di asrama sepertiku.

" Pelik betul aku tengok kau ni. Dulu, bukan main beria-ia lagi belajar civil engineering kat Teknik. Kaulah anak murid kesyangan Tn. Hj Bahanin. Cikgu Kamaliah pun suka kat kau. Setiap kali ada amali, aku tengok hasil kerja kau yang selalu dapat pujian. Tapi, bila aku dapat tahu kau ambik Pendidikan, then jadik orang sastera, aku rasa macam nak tergelak sampai pengsan. Ha..Ha.. Kau ni poyo la. Dah join line-line budak-budak jiwang pulak."





Aku cuma mampu tersenyum, sambil aku mencicip Cappuccino yang kupesan tadi. Suasana di sini agak permai; tidak terlalu riuh, tidak juga terlalu sepi. Dan sebenarnya aku gemarkan keadaan seperti ini, sama saja seperti mana aku menikmati Expresso Solo di Starbuck sama ada di Bangsar atau di sebelah Plaza Kota Raya berhampiran Puduraya. Suzana masih cuba memperlekehkan aku, walau nadanya lebih terjurus bergurau sebenarnya. Namun sejujurnya aku sedikit pun tidak terasa hati lantaran sudah lali dengan kata-kata yg sering mengguris hati begini.

" Come onlah Lan. Kau menulis ni, berapa sen sangat yg kau dapat? Ada seribu dalam sebulan? Takde,kan? Pada aku orang sastera ni poyo. Korang dengan dunia korang je. Berkhayal! Pandai susun ayat-ayat manis, tapi golongan yg baca hasil karya korang ni berapa kerat sangat? Kalau ada pun golongan-golongan korang gak. Member sama member je. Ha..Ha.." Ketawa Suzana masih galak.

Aku masih cuba memujuk hatiku agar terus tenang. Kalaulah tak mengenangkan Suzana adalah kawan karib yg paling banyak membantu aku ketika menjadi AJK di asrama dulu, sudah lama aku menghambur hujah untuk menegakkan pendirianku. Apa? Salahkah aku menjadi seorang penulis? Kalau pun masih tak layak bergelar penyair, apatah lagi seorang sasterawan, sekurang-kurangnya aku menulis dengan niat yang jujur.

Ikhlas aku katakan, duit hasil royalti yg aku dapat tak pernah sekali pun aku gunakan pada perkara yg sia-sia. Aku menggunakan duit itu untuk membeli buku-buku sastera, melanggan majalah Dewan Sastera, Membeli novel-novel rakan penulis, berkelana mencari ilham, memberi kepada mak dan ayah (selalunya mereka menolak kerana mereka bukan pernah merestui penglibatanku di dalam bidang ini dan percaya atau tidak bahawa mereka tidak pernah membaca karya-karyaku) atau setidak-tidaknya membeli makanan untuk lima ekor kucing kesyanganku (Uno, Aslan, Itam, Memel dan Putih)


" Lan, aku nak tanya kau. Selama kau menceburi dunia sastera yang sempit ni kan, dah berapa banyak duit kau dapat?"
" Tak banyak. Adalah sikit. Tapi aku puaslah sebab aku ada menyumbang dalam dunia sastera Melayu ni walaupun dunia ni tak sebesar dan seglamour mana."
" Look! Kau dah tau kan yang bidang ni takde masa depan? So, kenapa kau masih nak bergelumang lagi dalam bidang ni? Wei, better kau join keje macam aku la. Aku banyak dapat tender untuk projek designer under company bapak aku. Lumayan tu takde la sangat, tapi lagi lumayan daripada apa yang kau dapat dengan menulis. Em, aku leh accept la kalau ko jadik cikgu. Tapi jangan la tulis benda-benda yg sastera ni. Kau ingat ada orang nak baca ke? Tengok tajuk je dah tau cerita tu boring. Entah apa-apa. Poyo. Dah tu nak main-main bahasa pulak. Berbelit-belit macam keling. Tak straight to the point!Ha, kalau nak tulis novel pun, buat la macam novel ahadiat akashah. Baru la ada orang nak baca. He..He.."

Tak lama selepas aku 'dibasuh' teruk oleh Suzana, kentang goreng yg kami pesan pun sampai.
" Makan-makan. Aku belanja kau. Dulu masa kat Teknik kau selalu simpankan makanan untuk aku kalau aku lambat sampai hostel,kan? Kalau aku tak sihat pun kau selalu tapaukan makanan untuk aku. Jadi kali ni biar aku belanja kau makan. Lagi pun kita ni susah nak jumpa,kan? Aku busy keje lak tu.."

Aku cuma mengangguk saja. Dalam hati, sebenarnya agak tawar hati ini untuk meneruskan perbualan. Apalah ertinya bertemu kalau dia hanya mahu memperlekehkan aku dan dunia sasteraku yg tak siapa pun tahu? Aku memang tak kuasa nak melayan org2 yg selalu merendah-rendahkan dunia sastera. Dan walau rakan-rakan di PBMP mengutuk dunia sastera tanah air kita pun, aku terus menjarakkan hubunganku dengannya. Malas nak layan!

Pertemuan kami hampir tamat pada kali ini apabila aku meminta diri kerana aku masih belum solat asar. Dan sesuatu yg tak disangka-sangka telah berlaku.

" Lan, kau ada duit tak? Kau bayar dulu harga Cappuccino dengan kentang goreng kita ni. Wallet aku tertinggal kat rumahlah."

Aku tersenyum sinis memandang Suzana yang mukanya sudah setebal lima inci. MErah padam kerana malu. Dan, berbekalkan wang yang baru aku terima hasil tulisanku di ruangan Mahasiswa Menulis di KOSMO! sebulan yang lalu, aku membayar harga makanan kami berdua. Harap-harap Suzana akan mengerti bahawa duit yang aku peroleh melalui penulisan ini telah merobohkan tembok keegoannya hari ini..

Suzana, harap-harap suatu hari nanti kau bisa mengerti betapa dalamnya cintaku pada dunia sastera ini...

Saturday, June 7, 2008

SATU KELAHIRAN DAN PERJANJIAN


I

Sepanjang minggu ini, ada dua peristiwa penting yang berlaku. Pada 6 Jun 2008, aku bersama kakak dan adik lelakiku sempat menjenguk kakakku yang baru saja melahirkan anak keempatnya di Medan. Perjalanan yang meletihkan dari Kuala Lumpur hilang sebaik sahaja melihat wajah Nur Alya Maisarah yang comel. Kata papanya, wajah Alya mirip wajah anak keduanya Nur Shuhadah yang kini sudah semakin tembam. :-)

Kami tidak boleh lama di rumah kakak kerana terpaksa bergegas balik ke rumah kerana keesokan harinya majlis pertunangan kakak akan berlangsung. Inilah dua peristiwa yang menuntut renungan hati yang mendalam. Secara akaliahnya, kedua-duanya saling berkaitan. Kelahiran dan perjanjian pertunangan. Kelahiran itu juga satu perjanjian. Dan pertunangan itu adalah bibit kelahiran satu ukhwah ke gerbang perkahwinan.


Nur Alya Maisarah sedang lena tidur



Memangku Alya yang sedang tidur. Kata kakak, gayaku agak kekok.


Eja yang bakal bertunang esok juga berebut nak memegang Alya yang beratnya 2.8 kg

II

Majlis pertunangan kakak berlangsung dalam keadaan yang sangat sederhana. Memang begitu mahunya, sebab dia takut kalau buat meriah sangat, lepas tu tak jadi apalah ertinya. (betul juga,kan?)

Bila ditanya, adakah dia terasa debaran yang menggoncang? Dengan selamba dia kata; " Adalah sikit."

Aku cuma tersenyum sebaik mendengar jawapan pendeknya itu. Apa tidaknya, kalaulah dipanjangkan umur dan perkahwinannya yang insyaallah dilangsungkan pada hujung tahun ini diizin oleh-Nya, maka dia harus terbang ke negara matahari terbit untuk mengikut suaminya yang bertugas di Narita. Ah, mengapa begini lekas kita berpisah kak?Hm, namun aku terpaksa akur kerana bukankah tempat seorang isteri adalah di sisi suaminya?

Bergambar kenangan dengan kakak. Kalau dah kahwin besok, dah tak dapat peluk-peluk lagi


Ayah (tengah) sedang berbual bersama pihak lelaki
Bacaan doa selepas majlis selamat dijalankan

III

Begitulah dua peristiwa penting yang berlaku dalam tempoh seminggu ini. Kelahiran dan satu perjanjian; dua falsafah hidup yang mempunyai kaitan rapat dan saling berhubung. Demi satu kelahiran, kita semakin dekat dengan-Nya. Dan demi sebuah perjanjian, kita akan kembali kepada-Nya.



Monday, June 2, 2008

SEPOHON BONSAI YANG DICANTAS



Ada seorang penggemar bonsai yang sangat suka memelihara pokok bonsai. Dia sememangnya dikenali ramai kerana sangat arif dalam dunia yang berkaitan dengan apa juga jenis bonsai di dunia ini. Memang ramai yang memerlukan kepakarannya dalam memberikan ceramah, menjemputnya sebagai tetamu khas dalam seminar, dan tidak terkecuali memberikannya beberapa jawatan penting dalam persatuan-persatuan yang ada kene mengena dengan pokok yang satu ini.
Di halaman rumahnya, dia banyak menghasilkan pokok-pokok bonsai yang cantik. Namun yang peliknya, jika ada yang memuji kecantikan bonsainya itu, dia tidak pernah mengatakan bahawa dia berbangga dengan kecantikan bonsainya itu, kerana dikhabarkan bahawa beliau cemburu jika ada orang hanya memuji kecantikan bonsainya, tetapi tidak memuji kecantikannya. Begitulah kebiasaannya fitrah manusia. Aneh bukan? Bonsai yang dikemaskinikan oleh tangannya sendiri sehingga cantik, tetapi bila ada yang memuji kecantikan bonsainya itu, dia pula berasa cemburu. Patutkah?
Pada suatu hari, sedang wanita tua ini asyik mencantas-cantas bonsainya, dia ditegur oleh seorang guru yang mengajar sekolah pondok dan arif bab-bab yang berkaitan dengan agama.
" Puan, saya dah lama nak tanya puan tentang hal ini." kata guru sekolah pondok tersebut.
" Apa dia?" balas wanita tua itu tidak menoleh langsung wajah guru sekolah pondok itu.
" Saya selalu dengar cerita tentang puan. Ramai orang kata, puan sangat marah kalau orang memuji kecantikan bonsai yang puan hasilkan, tetapi tidak memuji puan sekali. Apakah benar dakwaan ini puan?" tanya guru itu tanpa banyak 'bunga-bunga kata' lagi.
" Oh, memang betul tu. Saya cukup marah dan pada saya orang cuma nampak kecantikan bonsai yang saya hasilkan saja, tetapi tidak nampak kehebatan saya dalam mencantas bonsai-bonsai ini." balas wanita itu.
" Begitu rupanya. Begitnilah puan. Saya memang bukan arif dalam bidang yang telah puan ceburi lebih sepuluh tahun ini, tetapi pada saya, tak ada sebab puan perlu marah kalau ada orang-orang yang memuji bonsai puan yang cantik itu." balas guru tua itu lagi.
" Tuan guru, ini bukan soal marah atau tidak. Akan tetapi ia melibatkan maruah saya. Saya yang mencatikkan bonsai ini, maka saya juga mahukan pujian. Ia juga boleh dikatakan maruah saya!" agak tinggi nada suara wanita tua itu.
" Inilah masalahnya manusia. Terlalu mementingkan maruah yang pada hakikatnya bukanlah maruah yang menunjukkan maruah yang sebenarnya. Ia hanya perkara remeh dan melecehkan. Mencantas bonsai sehingga cantik lalu kita sendiri cemburu dengan hasil bonsai kita itu adalah perkara yang pelik. Ia sangat tegar. Apa yang lebih penting sebenarnya adalah bagaimana kita memelihara generasinya sebaiknya. Mencantas bonsai demi mewujudkan kecantikan memang bagus. Akan tetapi, pernahkah kita terfikir lumrah alam? Mengapa tidak kita biarkan pokok itu membesar, menjalani fitrah-Nya sebagai hidupan? Mengapa perlu dicantas-cantas, menjadi cantik, dan seterusnya ia menjadi bahan cemburu kita pula?" kata guru tersebut panjang lebar.
Wanita itu tertunduk. Sedarlah dia bahawa dia sudah melanggar fitrah duniawi. Mengapa perlu dicantas-cantas bonsai itu? Mengapa tidak biarkan saja bonsai itu membesar, berdahan dan seterusnya berbunga di dalam pasu di halaman rumahnya? Bukankah itu lebih baik?

Monday, May 26, 2008

KALAULAH INI YANG DIKATAKAN SEBUAH PERTEMUAN



Detik-detik sebelum mengenyangkan perut

(kak Hani ni la yg bawak kami konvoi ramai-ramai)



Bergambar beramai-ramai. Di tengah, orang kuat program ini Abang SM Zakir)




Pada 12-14 Mei yang lalu, aku berkesempatan menyertai satu program bengkel penulisan kreatif dan program pertukaran budaya anjuran PENA. Aku mengetahui tentang program ini melalui pensyarahku, Tn. Hj Shamsudin Othman (sebab dah letak nama jawatannya, terpaksa tulis nama penuh. Jika tidak aku memanggil beliau Abang Din saja. Lebih mesra, walaupun kami tidak pernah bermesra- senyum)



Waktu memanaskan badan sewaktu rempuh halangan. Gambar bawah, Ajun partner sukaneka petang tu (comel kan?)

Program yg diadakan di Sukida Resort ini amat mengujakan kerana ia turut disertai oleh rakan-rakan Melayu-Islam dari Prince of Songkhla Universiti (PSU) yang secara kebetulan melengkapkan rentetan penjelajahan mereka di semenanjung Malaysia, dan program ini salah satu daripada jeda perjalanan mereka sebelum pulang ke negara Gajah Putih itu.





Peserta lelaki hanya ada 6 orang. Dari kiri; Wan, Aku & Aidil Khalid (Malaysia) Sarofe, Bakri & Abdullah (Thailand)


Mengenali mereka merupakan satu kenangan yg terindah dalam hidupku. Aku mempunyai rakan-rakan dari Indonesia, Singapura, Iraq, dan beberapa rakan di benua Eropah, tetapi agak malang kerana aku masih tidak mempunyai rakan yg berasal dari Thailand. Pelik, bukan?



Tirak-tirak, can ca kidteng te..(sayang-sayang, saya akan merindui kamu)


Dan secara peribadi, kami berkongsi banyak perkara (kami tidur agak lewat, dan keesokannya abang SM Zakir terpaksa menelefonku untuk mengajak kami semua bersarapan). Banyak perkara yg kami bincangkan; termasuk persoalan sejarah, politik, ekonomi dan semestinya perkembangan sastera di Thailand. Jika persoalan bahasa dilihat dari aspek yg jelas, mereka sepatutnya bertuah kerana mempunyai rakyat yg sangat patriotik dan kerajaan yg sangat mendaulatkan bahasa Siam. Malah, aku sempat belajar beberapa perkataan Siam daripada kenalanku. Kalaulah kerajaan kita sekomited kerajaan Thailand yg gigih mendaulatkan bahasa ibunda sendiri, alangkah indahnya. Dan kalaulah pertemuan ini ada timbal baliknya, aku yakin akulah orang pertama yg sangat teruja untuk memeberikan nama. Buat Abang Din dan Abang Zakir, saya rasa molek juga kalau hujung tahun ini kita legasi dari Malaysia melawat mereka di Wilayah sana.

Sunday, May 11, 2008

YANG TERSIRAT DALAM LOCUS STANDI RANIA SALSABILLA

Ilustrasi Pelukis tentang cerpen Locus Standi Rania Salsabilla

Jarang sekali aku memasukkan entri tentang karya-karyaku yang pernah tersiar di media ke dalam blog. Selain tidak mahu bermegah dengan karya yang terpilih itu (barangkali terasa diri ini masih terlalu kerdil dalam ujana sastera negara), aku hanya berbuat begitu sekiranya karya tersebut benar-benar membawa erti yg sangat mendalam pada diriku.
Natijahnya, cerpenku yg tersiar di Berita Minggu pada 11 Mei (kebetulan terkena dengan tarikh Hari Ibu), sangat bererti bagiku. Ini kerana cerpen tersebut selain menggunakan dua nama 'permata hati' bagi mentor-mentorku di MPR, tidak ramai barangkali yg tahu ia juga turut menyelitkan nama kedua-dua org tuaku.
Watak Tok Nanang adalah panggilan untuk ayahku, Salhah, ialah nama sebenar ibuku (SELAMAT HARI IBU MAK- tersenyum), Kamaluddin- gabungan nama abangku (kamal) dan anak saudaraku (nordin), Ruzihana (kakakku yg nombor enam) serta Dr. Shamsuddin (juga mentorku di MPR 2006).
Itulah sebabnya cerpen ini sangat bermakna bagiku (mungkin ada yg mengatakan ia tidak bagus), tetapi padaku yg baru setahun jagung bergelumang dalam dunia sastera ini, melihat karya tersiar di media massa, ia adalah satu permulaan yg cukup bererti, dan untuk berhenti daripada terus menerokai ilmu yg maha luas ini adalah sesuatu yg tidak mungkin akan aku lakukan.
Terima kasih editor, kerana menyiarkan cerpen yang sangat bererti ini. Rupa-rupanya masih ada insan yg faham bahawa cerpen bukan hanya perlu dilihat dari mutu penceritaan sahaja, tetapi siapa tahu rupa-rupanya sesebuah cerpen itu membawa makna yg sangat besar kepada penulisnya dan org-org yg disayanginya sendiri...

Wednesday, April 30, 2008

SONETA MUSIM BUNGA

Barangkali sudah agak terlewat untuk aku bercerita tentang pesta buku yang lepas. Namun, apa yang terkesan padaku ketika pesta buku pada kali ini ialah terhadap sebuah buku puisi Pak Samad yang sempat aku beli di gerai Wira Bukit. Puisi yang terkandung di dalam buku yang diberi nama 68 SONETA POHON GINKGO, adalah buah tangan terbaru Pak Samad yang dihasilkan lewat kenangan kunjungannya ke Korea dahulu.

Aku sangat terkesan dengan puisi-puisi yang tamat kukhatamkan pembacaannya sejam selepas membelinya itu sangat menggugah diri ini untuk mengasilkan sebuah puisi yg mempunyai laras rima yang sama. Aku sememangnya mengkagumi puisi-puisi Pak Samad, dan kerana itu mendorong aku untuk terus menguliti puisi-puisinya. Dan 68 SONETA POHON GINKGO adalah koleksi yang sangat baik untuk diteliti, bukan hanya untuk dijamah serasanya, tetapi ditekuni laras rima dan suku katanya...



Pohon ginkgo: Menarik untuk santapan mata sedamainya membenihkan soneta-soneta musim bunga



SONETA BUAT KEKASIH

Telah kusemai bebenih kasih
di batas waktu bertunas di kalbu
di ladang usia perkebunan kasih
tumbuh menjadi sepohon rindu.

Sepohon rindu di perdu hati
berdahan cinta bunganya indah
akar melilit sepotong mimpi
takwa merimbun bertahun sudah.

Bertahun sudah kucari-cari
ketemu damai seluruh raga
kutagih Kekasih cinta abadi
setulus rasa di laman jiwa.

Di laman jiwa kutitip sejati
sekalung cinta pada-Mu Illahi.

PWTC,
Kuala Lumpur

Friday, April 25, 2008

EMEL DARI JAKARTA

Beberapa hari lalu, aku mendapat satu emel daripada seorang rakan penaku dari Jakarta. Barangkali, tidak ada dalam kalangan rakanku di sini yg mngenalinya kerana aku memang sangat berahsia dengan talian pershabatan ini, dan aku memang tidak pernah menceritakan perihalnya kepada sesiapa pun.

Chinta (jangan cepat terkejut, namanya memang klasik begitu) baru sahaja kehilangan teman baiknya pada 20 April lepas, dan aku mendapat beritasadis tersebut pada 23 April yg lalu. Dalam emelnya itu, Chinta dengan hiba berkongsi kesedihannya denganku, dengan mengatakan bahawa kehilangan seorang rakan karibnya (Juiliana Simou) adalah satu tamparan yg sangat hebat yg pernah dilaluinya setakat ini. Aku, meski tidak mengenali Juiliana secara dekat, tapi tetap merasakan kepedihan hatinya kerana aku juga pernah kehilangan orang yang aku sayang.

Mwnurut Chinta, Juilianalah sahabat, teman seperjuangan, adik, dan sahabat yg memahami. Kata Chinta:" Hargakan apa yg kamu genggami pada hari ini, kerana barangkali kamu tak sempat pun mnyentuhnya apabila ia tiada pada hari esok."

Buat Chinta, tabahlah menghadapi dugaan ini, dan buat Juiliana, al-fatihah...

Tuesday, April 15, 2008

SESUATU UKURAN

Kamar Nilam Fansuri - Menjadi medan yang memugar perkebunan ilham ini





Maaf kerana agak lama tidak menulis di blog ini. Barangkali juga kerana 'demam' peperiksaan yang melanda pelajar-pelajar di universiti menjadi penyebab mengapa masa untuk aku meluangkan masa menulis di blog ini agak terbatas.

Kadangkala, letih juga bila minggu peperiksaan menjelang tiba. Waktu beginilah manusia menjadi hipokrit dengan pelbagai rutin yang jauh dari kebiasaan. Waktu beginilah lampu-lampu di hostel terang benderang hingga ke pagi, dan melihat penampilan pelajar yg jauh lebih kemas dan bergaya melangkah ke dalam dewan peperiksaan juga satu perkara yg hanya dilihat menjelang musim peperiksaan ini.

Aku tidak terkecuali untuk bergelumang dalam senario ini. Namun, jauh di sudut hati, secara peribadi aku cukup jelak dengan sistem peperiksaan yg telah berjaya memecah belahkan bangsa dengan mengasingkan mereka mengikut satu ukuran yg dibuat oleh manusia. Kehebatan seseorang itu diukur dengan sejauh mana kehebatan mereka memuntahkan kembali segala macam nota dan maklumat dengan menghitamkan bulatan-bulatan di atas sekeping kertas.

Barangkali akan ada yang menganggap telahanku ini agak keterlaluan, tetapi percayalah bahawa kita sudah jauh ketinggalan dengan sistem peperiksaan yang serba konvensional ini. Akhir kata, SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN...

Saturday, March 15, 2008

MENCARI ALTERNATIF

Barangkali entri saya kali ini agak lewat kerana ia hanya dijelmakan setelah seminggu negara dikejutkan dengan kebangkitan mendadak pihak Barisan Alternatif (BA) dalam pilihanraya umum ke 12 pada 8 Mac lalu. Sejujurnya, keputusan ini telah saya duga sejak awal-awal lagi, ketika pihak yang lagi satu lagi amat yakin mampu menyapu bersih 'hati rakyat', tetapi BA telah membuktikan betapa pada hari ini rakyat sudah mula mempunyai paradigma yang subjektif, dan telah terlepas daripada belenggu politik yang tidak lagi relevan dalam konteks semasa. Saya kira, ucapan tahniah harus diucapkan kepada para pemimpin tunjang parti-pati BA, terutamanya Datuk Seri Anwar Ibrahi, (saya memang menjadikannya sebagai idola saya sejak dahulu lagi) yang mampu menjelmakan satu harapan batru seluruh rakyat Malaysia yang inginkan perubahan dan kelainan. Perubahan yang jauh daripada sentimen rasuah, korupsi ali-baba, dan penindasan halus kepada rakyat. Berikut merupakan petikan teks daripada blog beliau dan beberapa gambar peristiwa penting tentang perjuangan BA yang sempat saya sisipkan di sini.




Agenda ekonomi KeADILan telah jelas terbukti menerima mandat rakyat pada 8 Mac yang lalu, apabila rakyat Malaysia telah mengundi dan menambah empat kali ganda bilangan kerusi Parlimen yang dipegang parti pembangkang, justeru memberikan kami 50% kerusi Parlimen di Malaysia Barat. Selepas sedekad tadbirurus ekonomi yang lemah, inflasi yang tidak terkawal dalam beberapa tahun yang lepas, dan daya saing yang semakin merosot berbanding negara-negara jiran kita, kami yakin bahawa di bawah kepimpinan kami, bersama-sama berganding bahu dengan pasangan-pasangan kami, kami akan dapat melaksanakan dasar-dasar baru untuk menjamin ekonomi Malaysia yang jauh lebih kuat dan bertenaga tinggi.
Pakatan kami, dengan kuasa yang telah diberi di negeri Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, akan melaksanakan dasar-dasar pasaran bebas yang mesra-perniagaan demi menggalakkan pertumbuhan ekonomi, menarik pelaburan asing dan melahirkan ketelusan dan kepertanggungjawaban yang lebih tinggi dalam urusan perniagaan.
Salah satu prioriti kami dalam minggu-minggu yang akan datang ini adalah untuk mula berdialog dengan para pelabur asing yang sudah bertempat di Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Ini akan memastikan bahawa keyakinan para pelabur kekal kukuh dalam tempoh peralihan ini, di samping mengenalpasti masalah-masalah yang perlu ditangani kerajaan-kerajaan baru kami, dalam meningkatkan lagi prestasi operasi mereka di sini.
Dasar toleransi sifar kami terhadap rasuah akan dapat memberi kesan yang besar dari segi mengurangkan kos urus niaga dan membina keyakinan dalam perusahaan kecil dan sederhana. Kami juga merancang untuk menyekat kakitangan kerajaan daripada berurusniaga dengan kerajaan, seterusnya mengurangkan insentif untuk kronisme dan perjanjian dalaman yang begitu membelenggu kerajaan sekarang.
Agenda Ekonomi Malaysia, yang merupakan salah-satu titik-tolak janji pilihanraya KeADILan, akan dapat dilaksanakan di peringkat negeri demi mengurangkan impak dasar bertunjangkan kaum, seterusnya memperkenalkan sistem berdasarkan merit yang akan lebih berdaya-saing. Ini akan serta-merta meningkatkan pelaburan asing, menambahkan hasil percukaian negeri, seterusnya mengurangkan jurang pendapatan dan sosio-ekonomi. Kami juga akan menunaikan janji kami untuk melindungi mereka yang tersisih dari semua komuniti etnik di Malaysia.
Tahap kemenangan kami yang tidak terjangka sememangnya agak mengejutkan negara dan rantau ini. Penyesuaian jangka pendek di BSKL dan ringgit yang lebih lemah telah dijangka. Namun begitu, situasi tersebut tidak akan melarat kecuali jika Barisan Nasional memilih untuk cuba menghukum rakyat dengan menyekat dana pembangunan yang sepatutnya pergi ke negeri-negeri yang kini telah tumbang kepada pembangkang. Akan tetapi, kami memberi amaran kepada Barisan Nasional: tindakan sebegitu akan hanya memburukkan lagi kedudukan mereka dalam pandangan rakyat Malaysia.



ANWAR IBRAHIM


Malaysian Economic Agenda Set to Propel Growth

Tuesday, February 12, 2008

DI 'NEGARA ORANG'


Aku baru saja pulang dari bercuti ke 'negara orang'. Sejuk, namun aku tak ada masalah untuk menyesuaikan diri kerana aku seperti pernah dilahirkan di sini. Banyak kesukaran yang aku temui di 'negara orang' ini, antaranya aku sukar untuk memahami papan tanda (kerana ditulis dalam bahasa lain, yang bukan bahasa negara tersebut) dan aku dapati banyak pelancong-pelancong asing dan warga tempatan yang memenuhi negara ini. Bercakap tentang warga tempatannya, aku rasa pelik dan terfikir adakah benar mereka semua ini memang asal daripada negara ini? Tetapi setakat pembelajaranku tentang adat, budaya dan kehidupan tradisi turun temurun tentang negara ini, sikap dan perilaku mereka tidak sama dengan apa yg telah aku pelajari.

Setahu aku, warga tempatan negara ini mempunyai adat dan nilai yg tinggi. Sopan santun, berbudi bahasa tapi perilaku mereka saling tak ubah seperti sebuah negara lain itu. Anak-anak muda warga tempatan ini bersikap aneh dan melanggar tradisi kesantunan dan keagamaan negara itu apabila kaum lelaki dan perempuannya saling berdakapan dan berpeluk cium tanpa segan silu di hadapan khalayak ramai. Namun, bila aku mengamati warna kulit warga tempatan ini, benarlah bahawa mereka sebenarnya memang warga negara ini.

Friday, February 8, 2008

MAHU MENJADI PENULIS NOVEL POPULAR







Aku membesar dengan novel-novel ini









Baru sebentar tadi, aku terbaca komen Dr. Lim Swee Tin yang mengatakan bahawa dia sendiri sudah mula mahu menulis sebuah novel picisan dengan harapan satu hari nanti novelnya itu boleh terpilih sebagai teks KOMSAS. Secara peribadi, nada sinikal yg diutarakan mungkin ada baikya untuk kita fikir-fikirkan bersama dan kita terpaksa mengaku bahawa sastera Melayu sudah MATI!

Aku tidak pasti sama ada aku merupakan orang yg layak untuk bericara tentang soal ini, tapi sejujurnya, aku jatuh cinta terhadap dunia sastera Melayu ini kerana keindahan buku-buku sastera yg aku baca sedikit masa dulu.Dan tanpa sedar, aku mula mencintainya.

Memang sukar bagi seorang pembaca yg membesar dengan karya-karya popular seperti aku ini untuk jatuh hati terhadap buku-buku sastera, ketika saat ini kebanyakan rakan-rakan sepermainanku (yg sama-sama membesar dengan novel-novel Ahadiat Akashah) masih membaca novel-novel itu, aku kian kehilangan mereka kerana sudah beralih arah.

Dan kini, aku menjadi mangsa kutukan dan ketawaan mereka kerana pada mereka, mereka sudah menang. Dan, mengenangkan situasi dunia sastera tanah air kini, aku dengan berat hati mengatakan bahawa " AKU MEMANG SUDAH KALAH!"

Kini, rasa-rasanya tidak ada apa lagi yg terdaya aku (kami barangkali) dapat perjuangkan kerana segalanya sudah termaktub bahawa Sastera Melayu kian dibunuh dan dipinggirkan. Apalah daya seorang anak muda berusia 22 tahun untuk memperjuangkannya? Tidak ada. Mustahil. Mahu tidak mahu, aku terpaksa menerima hakikat bahawa inilah selera sastera Malaysia- tidak lagi mengajar pembaca berfikir, tidak mampu mendorong anak-anak muda kita untuk elajar membuat keputusan untuk mendapatkan yg terbaik dalam kehidupan, serta tidak mungkin mengajar mereka kehalusan dan estetika bahasa yg digunakan oleh para sasterawan. Sepuluh tahun akan datang, (menjelang 2020, di mana negara kita bakal bergelar negara maju)remaja kita tidak akan kenal siapa dia A. Samad Said, Arenawati, Zurinah Hassan atau Usman Awang kerana memori mereka telah didoktrinkan untuk melupakan nama-nama itu.

Lalu, demi memastikan aku bisa mengajar anak-anak muridku tentang Sastera Malaysia ini, beberapa hari yg lalu aku telah menelaah semula novel-novel popular yg pernah aku uliti suatu ketika dahulu. Sejujurnya, tiidak ada sekelumit pun rasa dendam dan cemburu terhadap penulis popular ini apabila karya mereka dipilih, cuma dalam konteks KOMSAS, situasinya agak kurang wajar.

Aku sendiri membesar dengan novel-novel ahadiat akashah, dan aku mengaku bahawa teknik penceritaannya sangat baik. Aku mendapat A untuk subjek karangan ketika di sekolah dulu pun kerana terkesan dengan keindahan bahasanya. Dan kalaulah ditanya karya siapa yg telah menyemaikan minat aku dalam dunia penulisan ini, orangnya ialah Ahadiat Akashah melalui novel Boy yg pernah aku uliti hampir setiap hari dalam seminggu dengan pengulangan bacaan sebanyak tiga kali.

Apa pun, bak kata orang, " masuk ke kandang kambing mengembek, masuk ke kandang harimau mengaum." Aku terpaksa membiasakan diri untuk membaca karya-karya popular semula kerana ini selera anak-anak pasca merdeka kita. Dan, barangkali juga aku akan mula menulis sebuah novel popular agar terpilih untuk KOMSAS menjelang 2020. Buat semua penulis novel popular, pengikut anda sudah bertambah lagi seorang!

Saturday, January 26, 2008

"KALAU TAK PANDAI MENARI, JANGAN SALAHKAN LANTAI YANG TAK RATA"

Beberapa hari yang sudah, aku menerima satu kejutan. Kejutan yang berjalur-jalur dan mungkin boleh dianggapkan seperti pucuk dicita ulam mendatang. Sedang aku asyik memikirkan tentang siapakah gerangan insan (kalau layak digelar begitu) yang jahat hati dan gatal tangan yg menghantar komen2 'BODOH' di blogku ini, aku menemui seorang gadis bernama Aishah yang secara terangan melahirkan rasa tidak puas hati terhadap Firu's yang lalu. Barangkali dia juga merupakan salah seorang insan yg menghantar komen2 tersebut.

Aku mengenali dia kerana kami pernah sekuliah dalam satu subjek pada semester lepas. Dan sejujurnya dia tidak pernah menyangka bahawa akulah pemilik blog NAKHODA BANGSA ini. Dia melahirkan rasa ketidakpuashatiannya terhadap struktur kehakiman dan pengadilan Firu's yang lepas. Aku rasa pelik kerana pada aku, pengadil yang kami pilih adalah 'otai' dalam bidang ini, apatah lagi mereka juga merupakan para pensyarah yg hebat dan bagus. Jadi, bagaimana mungkin aku boleh menerima pertikaiannya terhadap mutu pengadilan kerana kebanyakan pengadil merupakan 'Masters" dalam bidang ini.

Padaku, Aishah mengatakan begitu kerana dia seorang yang terdorong dengan keracunan emosional. Tidak dapat menerima kekalahan pasukan pantunnya pada Firu's yang lepas. (Lebih terkilan barangkali kerana dia merupakan pelajar tahun akhir UPM dan cita-citanya untuk memenangi Firu's tidak kesampaian). Apalah yang hendak diikutkan rasa hati tu, kita kena realistik bahawa ada insan yang lebih hebat dalam pantun ini. Mungkin jika itu bukan alasan yang tepat, sekurang-kurangnya dia harus faham bahawa keputusan hakim adalah MUKTAMAD. Terma ini sudah termaktub dalam syarat-syarat pertandingan (yg mungkin Aishah sendiri tidak pernah menelitinya)

Persoalan tentang penganjur mengubah format pertandingan pada saat-saat akhir ternyata tidak benar. Untuk pengetahuan Aishah, memang dari tahun lepas lagi kami mengadakan format pantun spontan untuk peringkat akhir pada setiap liga. Barangkali dia tidak tahu kerana pasukannya tidak berjaya ke peringkat akhir liga pada tahun lepas. Bezanya, pada kali ini, peserta dibenarkan untuk menggunakan kertas untuk membeli pantun yg dijual bagi menjamin kualiti pantun itu sendiri kerana ia akan dibukukan. Tetapi bagi pantun yg dijual pemantun perlu menghafal pantun mereka sendiri. Saya maafkan anda Aishah kerana saya tahu anda tidak pernah sampai ke peringkat akhir liga kolej Firu's pun sebelum ini. Pengalaman ini harap dapat disampaikan kepada adik2 junior ya!

Satu lagi isu yg dibangkitkan oleh Aishah ialah soal usaha pihak penganjur untuk mendokumentasikan pantun-pantun para peserta yg diambil. Usaha ini kita harus lihat sebagai satu usaha murni supaya kita sama-sama dapat menatap pantun-pantun para peserta Firu's dan ia juga sebagai panduan agar tidak timbul soal pelagiat atau menciplak pantun yg sedia ada. Aishah mungkin mementingkan soal royalti, tetapi percayalah bahawa org luar tidak akan terhegeh-hegeh hendak membeli antologi pantun tersebut. Jadi, tak perlu risau kerana duit royalti anda itu pun mungkin belum dapat menanggung kos percetakan buku tersebut. Jadi, jangan banyak songeh!

Ada juga desas desus dari kayangan yg mengatakan bahawa pada Firu's yg akan datang, banyak kolej yg akan mem'boikot' Firu's. Kami sebagai penganjur profesional (sudah tujuh tahun mendewasakan pertandingan ini) tidak takut dengan pem'boikotan tersebut. Firu's akan dijalankan walau apa juga cubaan2 BODOH yg ingin dilakukan oleh golongan yg berfikiran dangkal dan cetek ini.

Kalaulah anda mahu bersama-sama kami memartabatkan warisan ini, silakan. Kami mengalu-alukan dan percayalah yg kami tak pernah pun berdendam dengan mana-mana pihak kerana kami telah menjalankan tugas ini dengan profesional.

Kalaulah anda mahu mem'boikot' Firu's pada mada masa akan datang, silakan. Kerana kami tak ada masa untuk melayan kerenah-kerenah mereka yg tidak pernah cuba untuk menjadi profesional. Kalau mahu meminggirkan Firu's ini, silakan. Kerana ia melambangkan ketulenan tentang kesetiaan anda terhadap warisan ibunda ini.

Buat Aishah, " KALAU TAK PANDAI MENARI, JANGAN SALAHKAN LANTAI YG TAK RATA SANA-SINI. KALAU TAK PANDAI MENJAWAB JUAL BELI PANTUN, JANGAN SALAHKAN PENGANJUR YANG TAK MENYEDIAKAN MIKROFON"

Lain kali, jadi Profesional!

Tuesday, January 22, 2008

PENCAPAIAN YANG BERMARUAH

Pada final firu's VI yang lalu, kumpulan pantunku, Kesuma Dewana telah berjaya mendapat tempat kedua. Pencapaian ini bukanlah pernah kuduga, kerana aku tidak pernah mensasarkan apa-apa pencapaian tertentu. Bagiku, pelaksanaan program ini (lebih-lebih lagi apabila ia dihadiri oleh Senator Tan Sri Jinms Shamsuddin) sudah jauh membanggakan sebagai satu tanda bahawa tradisi pantun Melayu ini masih bernafas.

Akan tetapi, beberapa perkara yg cukup tidak memuaskan hatiku ialah beberapa kelemahan pihak penganjur (walaupun kolejku sendiri) yg terang-terangan seperti memalit aib di kandang sendiri. Tiga jam sebelum pertandingan, aku menyuarakan rasa ketidakpuashatianku terhadap susun atur platform untuk para pemantun duduk, kerana terlalu selari dan menyukarkan pemantun untuk berinteraksi sesama sendiri. Namun, nampaknya di festival pantun ini, nukilan itu tidak diendahkan kerana pengarah lebih berminat dengan masalah yg timbul di slot 'fashion show' yg kelihatan seperti acara utama majlis itu berlangsung. Apalah dayaku. Aku hanya kerdil pemantun yg mempunyai suara yg terlalu kecil untuk didengar.

Berbalik kepada cerita pantun tadi. Apabila pengacara majlis mengumumkan nama pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga, aku bersyukur kerana kami mendapat tempat kedua. Bukanlah piala (yg patah) iringan atau piala pusingan aku mahukan,(semua tu boleh didapati di kedai) tetapi kemeriahan dan kebanggaan yg memercup adalah apabila melihat ramai org yg datang untuki melihat apa yg dinamakan pantun itu. Konklusinya, kemenangan ini (walaupun naib johan)padaku adalah satu pencapaian yg bermaruah! Dan sesiapa yg mempertikaikannya samalah seperti mencalar sebuah maruah bangsa sendiri.

Saturday, January 19, 2008

FIRU'S: ANTARA PENERUS TRADISI DAN KEMASYHURAN YANG DICARI



KESUMA DEWANA, yang berjaya melangkah ke Final Firu's VI




Pada hari esok (20/1/08) pasukan pantunku akan melangkah ke peringkat akhir Fiesta Warisan Pantun Inter Kolej (firu's VI) yang akan diadakan di panggung percubaan UPM.

Perasaanku biasa-biasa saja. tak ada rasa yang kuat untuk menang kerana melihat warisan yg satu ini menjadi amalan (sekurang-kurangnya untuk jangka masa selama seminggu ini) pun sudah lebih memuaskan hati dan menggembirakan aku.

Petang tadi (kira-kira jam 2 petang) timbul satu konflik antara pasukan tentang pertandingan ini. ada pasukan yg tidak berpuas hati bila kalah, tapi bagiku ia adalah satu perkara yg normal bagi mereka yg masuk pertandingan ini dengan niat mahu mencari glamour dan kemasyhuran.

pada aku, kalaulah mereka benar-benar mencintai tradisi yg kian dilupakan ini, soal menang atau kalah akan menjadi soal kelapan. pokoknya, adakah usaha mereka itu mencukupi dan bertepatan dengan objektif penganjuran iaitu memartabatkan warisan tradisi pantun yg tiada tolok bandingnya?

Benar, semua org mahu menang kalau memasuki sesuatu pertandingan, keran pada masa kini kemasyhuran adalah segala-galanya. tapi, berbaloikah kem,asyhuran yg dikecapi itu andai sumbangan terhadap kemandirian warisan itu sendiri boleh dipertikaikan kegoyahannya? Di kesempatan ini juga, aku ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada beberapa pensyarahku seperti abg Din (depan budak-budak kena panggil tn. hj., kak rai (yg tak dapat jd pengadil pada hari ini) dr. Yahya, Prof arbak, dr rasid jamian, dr. rashid daing melebek, dr. nik, dan ramai lagi. terima kasih kerana menjadi tiang yg menegakkan sebuah jambatan.

aku akui, menanti hari esok adalah satu debaran, tambahan pengadilnya ialah dr lim swee tin, fedtri Yahya dan beberapa org yg cukup pakar dalam bidang ini. mudah-mudahan kami beroleh kemenagan, tetapi harap-harap ia bukanlah demi sebuah kemasyhuran. jumpa lagi!

Friday, January 4, 2008

KADANGKALA TIDAK SEMUA PERLU DITULISKAN

Assalamualaikum..

Pertama sekali aku nak minta maaf kepada mereka-mereka yang selama ini menyuruh aku meng'update'kan (kalau boleh aku gunakan perkataan ini) blog ini kerana sudah terlalu lama aku tak mengemaskinikan blog ini.

Aku tahu, rakan-rakanku (termasuk tutor yg comel) memang banyak kali suruh aku update blog aku ini, tapi aku buat 'dekkkk' je.

Bukan apa, selain kesibukan (apa lagi kalau bukan melayan macam-macam kerenah pihak atasan kolej- untuk beberapa majlis 'mencari kemasyhuran' yg sudah menjadi tradisi di kolej canselor ini.), aku juga menghadapi kesukaran untuk mengemaskini blog sendiri kerana masalah wireless yg sudah berbulan tertunggak(tak seperti janji manis pihak atasan ketika memancing undi pilihanraya MPP dulu), aku juga menghadapi masalah untuk memilih kisah yg sesuai untuk dituliskan di blog ini.

Kesukaran yang aku peroleh ialah untuk memilih kisah-kisah apa yg aku perlu aku tuliskan? apa yg boleh aku buat selepas menulis kisah-kisah itu? Dan kalau pun aku menulis kisah-kisah itu, adakah aku sejujurnya meriwayatkan kisah itu untuk para pelawat?

Banyak perkara yg boleh aku tuliskan untuk dikongsi bersama pelawat. aku boleh menulis tentang menu sarapan pagiku di kafe, makan tengahari di park view, kisah kucing parsiku yg baru melahirkan tiga ekor anak yg comel atau pun kisah cintaku yg tak pernah dilanda ribut. tapi, apa yg pembaca boleh perolehi bila membaca kisah sebegitu? tak ada. tak ada gunanya kerana kita tidak boleh melakukan sesuatu untuk kisah sebegitu.

aku juga sebenarnya tertarik untuk menulis tentang perspektif haluan kiriku terhadap sejarah-sejarah besar dunia yg berlaku kebelakangan ini, terutamanya kes pembubuhan tragis bekas perdana menteri pakistan, bennazir bhutto atau yg paling menarik sudah tentu kes 'kantoi' video seks bekas menteri kesihatan malaysia, datuk chua soi lek. namun bila aku terfikir semula, aku rasa aku tak perlu menulis tentang semua itu kerana umum sudah mengetahui (ada juga yg menokok tambah kisah itu) di akhbar.

Kesimpulannya, sebenarnya ada beberapa perkara yg kadangkala tidak perlu tuliskan, kerana penulis itu diajar untuk menulis tentang sebuah kebenaran. kebenaran yg secara peribadi padaku adalah satu kebenaran yg nyata, dan bukan hanya sepotong mimpi yg lena. wassalam..